Dalam entri lepas ada aku sebut tentang ronda2 ke Melaka Bandar Teknologi Hijau..ye la sebab terlihat papan iklan yang tertulis Melaka Bandar Teknologi Hijau..jadi tercari-cari le ape ke makna sebenar perkataan tersebut..dapatlah kita kongsi sama2 sedikit info tentang 'Green Technology' ...hmmmm.
(Rujuk sisipan Sains Mega Utusan Malaysia - 3 Jan 2011)
- Teknologi Hijau atau teknologi alam sekitar adalah penggunaan sains alam sekitar untuk memulihara sumber dan alam sekitar semulajadi dan mengawal kesan negatif aktiviti manusia.
- Pembangunan mampan adalah teras kepada teknologi alam sekitar yang bermaksud penyelesaian perlu mengambil kira aspek sosial, ekonomi dan alam sekitar.
- Teknologi Hijau merujuk kepada pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memulihara alam sekitar dan sumber semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia.
- Teknologi Hijau merujuk kepada produk peralatan atau sistem yang memenuhi kriteria berikut :
* Ia meminimumkan degradasi kualiti persekitaran.
* Ia mempunyai pembebasan gas rumah hijau yang rendah atau sifar.
* Ia selamat digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.
* Menjimatkan tenaga dan sumber asli.
* Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
4 tonggak dasar teknologi hijau negara.
* TENAGA - mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga.
* ALAM SEKITAR - memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar.
* EKONOMI - meningkatkan pembangunan ekonomi negara.
* SOSIAL - meningkatkan kualiti hidup untuk semua.
Pondok bas di Paya Rumput -guna panel solar
Apatah lagi Melaka berhasrat menjelang 2020 menjadi bandaraya teknologi hijau..titik permulaan adalah kerjasama dengan bandar Adelaide untuk memperolehi perkongsian maklumat serta menimba ilmu pengetahuan ke arah menjayakan dasar teknologi hijau. Bahkan pembinaan kilang panel solar di Alor Gajah juga salah menjadi salah satu kejayaan negeri dalam menarik pelabur asing ke Melaka bagi menjayakan impian tersebut. Selain yang bakal muncul insinerator'- bagi melaksanakan pengurusan sisa pepejal yang lebih efektif dan efisyen...Melaka ke arah Bandaraya Teknologi Hijau..
No comments:
Post a Comment