Tahniah buat skuad Malaysia (Harimau Malaya) kerana menjuarai Piala AFF Suzuki Cup 2010..yalah awal2 dianggap 'tempang' kerana ramai pemain utama yang mengalami kecederaan hingga K.Rajagobal pening kepala namun sesuatu yang dianggap mustahil kini mnjadi kenyataan apatah lagi berjaya memadam ego Sang Garuda..apatah lagi skuad muda negara berjaya membuktikan bahawa ada sinar harapan untuk masa hadapan sukan bolasepak..sukan utama negara.
Teringat sejarah kejayaan lampau dalam bolasepak..jika tidak silap contohnya Greece dalam Kejohanan Negara Eropah dan Denmark sebagai pasukan pengganti berjaya meraih kejayaan dalam kejohanan yang disertai meskipun dianggap bukan pasukan pilihan..aku pun bukanlah mahir tentang bolasepak..hehe tetapi minat tetap ada..ingat2 kes Barcelona vs Inter Milan..European Champions League Cup 2010.bagaimana 1st leg di tmpt sendiri Inter Milan belasah Barca 3-1....dan apabila 2nd leg di Stadium Barnebeu, jika lihat hampir keseluruhan game, seolah2 Maurinho arah pemain secara taktikal bertahan meskipun menang Barca 1-0 (itupun minit 84)etapi dari segi aggregat tetap kalah 3-2...bukan apa jika lihat game smlm pun memang Sang Garuda banyak mengasak tapi gagal untuk mencari peluang berbeza dengan Malaysia berjaya mencuri gol awal (cantik siut goal tu)..dari segi taktikal kiranya berjaya Rajagobal mengubah persepsi dan minda skuad muda untuk bertahan dan menyerang..nyaris2 juga dapat gol ke dua....itulah yang aku nak kaitkan bagaimana permainan meskipun kekadang bercorak defensif namun perlu bagi menjamin kejayaan..syabas Malaysia..yang pada awalnya aku juga rasa tak puas hati dgn corak dan skill sesetengah pemain tapi dari segi minda positif skuad muda dalam proses menimba pengalaman..yang tua tak silap amri yahyah 29 tahun ..paling muda umur 19 tahun..6/7 pemain dari skuad Harimau Muda..moga terus dengan kejayaan yang memberangsangkan...era Allan Harris..era B.Sathianathan..telah berlalu..moga era K.Rajagobal pencetus dimensi baru..dan liga M tahun depan..stadium akan dipenuhi dengan penonton..
Apapun respek pada teman di Perak..Mr.Tajudin yg dari awal tetap yakin Malaysia akan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010..(masih simpan lagi sms bro..hahaha)..lps bersara bole join kelab BAT..ganti mendiang Paul (hehehe.. peramal sotong)..
Kesimpulannya..teringat Bab 8 Sejarah Tkn 5..sukan sebagai alat perpaduan..tanpa sedar sukan membentuk semangat patriotik tanpa mengira ideologi politik..itulah gelombang panahan sukan apabila Stadium Bukit Jalil dipenuhi puluhan ribu rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong skuad negara..
Syabas skuad kebangsaan dan Selamat Bercuti Umum Esok 31 Disember 2010...bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 (rujuk ms 2 Utusan Malaysia)..begitulah tingginya 'aura' sukan bola sepak..
No comments:
Post a Comment