Oriental Pied Hornbill
Burung Enggang (Famili : Bucerotidae) merupakan salah satu daripada burung-burung yang terbesar di hutan tropika Asia Tenggara yang mudah dikenali namun masih belum dikaji dengan mendalam. Di Asia, terdapat 31 spesis burung enggang daripada 8 genera yang telah dikenalpasti. Daripada jumlah ini, 10 spesis burung enggang daripada 6 genera boleh ditemui di Malaysia, dimana 10 spesis tersebut dijumpai di kawasan hutan Taman Negeri Di Raja Belum dan hutan simpan Temenggor.
Sedikit intro tentang Burung Enggang, itupun membaca apabila aku dapat tugasan untuk 'present' semasa ujian Nature Guide di Hutan Simpan Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Apa yang menarik di kawasan aku ni, telah beberapa kali aku ternampak burung enggang seperti gambar di atas. Banyak input tentang enggang..antaranya lambang kesetiaan antara pasangan jantan dan betina..apapun yang pasti dengan kawasan Pasir Besar yang makin pesat dengan pembaharuan..dah ada 'trafic light', terminal bas, masih terdapat burung enggang yang terbang berkeliaran antara kawasan kilang getah, kawasan sekolah menengah dan di kawasan penempatan di sini..tak dapat nak aku pasti dimana sarang sebenar burung-burung tersebut..anak-anak aku pun dah berminat bila dengar bunyi burung tersebut, berlari keluar mencari,menjejak bersama buku Birds of Malaysia and Singapore..
Sedikit info tentang Burung Enggang spesis Burung Enggang Kelingking berdasarkan buku karya GWH Davison dan Yeap Chin Aik
Description : This small hornbill is one of the commoner species. Black head, neck and wings, white lower breast and outer tail feathers.
Distribution : Resident from India to SW China and throughout Southeast Asia to Sumatra, Borneo and Java.
Habits and Habitats : In lowland forest edges, mangroves and along rivers, seldom above 500m. Like others hornbills, it nests in tree cavities, the female being sealed in with mud except for a narrow slit through which the male passes food to mother and offspring. Exciting recent work with cameras and satellite tracking has revealed many details of the species 'breeding cycle, including its astonishing range of animal prey.
Ermm..terjemahan terus dari buku, pandai2lah cari maknonye..antara spesis lain ialah Burung Enggang Papan, Burung Enggang Gatal Birah, Enggang Berkedut, Enggang Hutan, Enggang Gunung, Enggang Tebang Mentua, Enggang Buluh, Enggang Badak dan Enggang Bulu - sumber rujukan poster The Malaysian Nature Society (MNS) Hornbill Conservation Project - Hornbills of Belum-Temenggor Perak, Malaysia.
Dibawah gambar-gambar sebagai bukti adanya enggang di Pasir Besar, Gemas, N9 :
caya la bro dah berjinak sebagai journalist teruskan usaha
ReplyDeletehehe assalamualikum tuan tanah ..haa saya terbca pasal post burung enggang di pasir besar nie.. masa den pratikal dekat kilang getah pasir besar nie den telah terserempak 3 kali burng enggang nie secara dekat..memang cantik..terdapat 2 ekor.. mula nya agak terkejut sebab ada burung tu kat sini.. selepas betanya pada para pekerja di sini..burung tu besarang di atas bumbung pejabat di kilang ini. sebab itu selalu ter serempak burung ini di kilang getah ini..dan pada agakkan den burung ini sedang bertelur...sekian info dari den hehe p/s den memang goma pehatikan burung ni petang2 betenggek pada bumbung pejabat. cantik !!!
ReplyDeleteaku ade nampak burung ni terbang atas rumah aku..hari sabtu baru ni..
ReplyDelete