Pokok kekabu |
Selepas menghantar Nisa kelas agama petang, melalui Jalan Mawar terlihat pokok kekabu dan timbul idea utk mencatat sesuatu tentang sejenis flora yang rasanya anak-anak pun tak mengenali pokok tersebut. Apatah lagi bulan lepas, belikan my wife bantal kekabu di Uptown Damansara dengan harga RM 18..buat sendiri bang ..jelas sang tauke... jauh lebih murah dari harga di gerai bantal kekabu di Pasir Panjang Port Dickson..mungkin melalui org tengah, itu yg harga mahal..
Nama Saintifik : Ceiba Pentandra
Nama lain : Kapuk..(agaknya tu yang panggil gitar kapuk)
Famili : Bombacaceae ..(seangkatan dengan pokok durian)
Asal : Amerika Tengah, Utara Amerika Selatan, Asia Tenggara (Malaysia)
Buah pokok kekabu tergantung seperti timun pada hujung ranting. Warna buahnya hijau semasa muda dan berubah menjadi perang hingga hitam apabila masak dan merekah dari pangkal pucuk. Di Semenanjung Malaysia, pokok kekabu paling banyak terdapat di Perak (betul ke, tolong jawab NG Aziz..kene fikir2 kan kenapa banyak di Perak)
Kegunaan :
- Minyak biji kekabu digunakan untuk membuat sabun dan bahan api.
- Kayu kekabu lembut dan digunakan untuk membuat sampan, kotak , kayu mancis
- Kulit pokok kekabu digunakan sebagai pewarna merah coklat pada kain.
- Di Malaysia, daun kekabu yang sudah diramas dan direndam didalam air panas atau direbus, diminum sebagai ubat demam panas dan selepas bersalin. Air rebusan kulit pokok kekabu digunakan sebagai ubat penyembuh asma dan demam untuk kanak-kanak...
Erm..banyak khasiat pokok kekabu..tapi kita lebih mengetahui kekabu sebagai isian bantal dan tilam cara tradisional..nak tahan lama jauhkan dari air, dijemur dipukul,dirotan,disebat - untuk menyingkirkan debu..
Ok selamat dibuai mimpi bersama bantal kaboo....

No comments:
Post a Comment