26 January, 2011

Rajah Brooke Sungai Chiling




 

  Rajah Brooke Butterfly
 Hujan yang turun berterusan sejak malam tadi, menyebabkan kotak fikir mengimbau kenangan bersama teman-teman meredah ke Air Terjun Sungai Chiling, yang secara kebetulan juga terlihat gambar dan membaca berita dalam Komuniti Kita  Kosmo hari ini tentang aktiviti Sg.Chiling. Dan gambar di atas Rama-rama Rajah Brooke yang begitu menawan dan rama-rama terbesar di Malaysia, dapat dilihat secara dekat  leka menghisap garam di satu kawasan di sebelah kanan jambatan pertama wakaf rehat di Sg Chiling...mengasyikkan...alhamdulilah menikmati indahnya ciptaan Allah s.w.t

Peta Santuari Ikan Kelah Sg. Chiling

ENAM KRITERIA UNTUK MENGAITKAN SG.CHILING DAN ECOTOURISM

a. Sg. Chiling sememangnya terletak dilokasi alam semulajadi iaitu di Hutan Simpan Kuala Kubu Bharu (koordinat Timur 101 45.05’ Utara 03 35.71’)

b. Dengan larangan-larangan penguatkuasaan oleh pihak pengurusan kepada pengunjung seperti kenyataan dilarang memasak,dilarang membawa sebarang binatang peliharaan, dilarang memancing ikan, dilarang buang sampah, dilarang berkhemah pastinya akan memberi kesan negatif paling minima kepada kawasan tersebut.

c. Arahan terbaru oleh pihak pengurusan Jabatan Perikanan Selangor iaitu waktu pusat santuari di buka hanya pada hari Jumaat,Sabtu dan Ahad mulai 1 Ogos 2010 pasti memberi impak untuk jumlah pelawat yang datang. Selain itu pihak pengurusan juga boleh menguatkuasakan jumlah pelawat dalam satu-satu masa. Ini pasti akan mempunyai had daya tampung bagi mengekalkan khazanah alam terus terpelihara.

d. Sungai Chiling yang telah diwartakan sebagai Santuari Ikan sejak tahun 2007 dengan penguatkuasaan larangan menangkap ikan di sungai tersebut adalah menepati dan bertepatan dalam menyokong konservasi.

e. Dengan papan kenyataan yang menerangkan tentang peta santuari Sg.Chiling, larangan penguatkuasaan terhadap ikan di sungai tersebut,malahan sekiranya pihak pengurusan menambahbaik dengan menyediakan pemandu pelancong samada dari Jabatan Perikanan atau dari luar pasti ia akan meninggalkan kesan serta mempunyai pendekatan berunsur pendidikan serta pengetahuan.

f. Meskipun tiada sebarang aktiviti perniagaan dilaksanakan ketika lawatan namun kelihatan gerai menjual makanan di kawasan lapang di jambatan besi. Sekiranya tempat ini di bangunkan secara komersial pastinya ia secara tidak memberi pulangan positif kepada penduduk setempat samada dari segi ekonomi dan sosial. Penglibatan orang asli Kg Pertak dalam menjual hasil hutan, pemandu pelancong, petugas di kawasan santuari ataupun penglibatan peniaga-peniaga dari kawasan Kuala Kubu Bharu dalam perniagaan cenderahati, makanan boleh memberi impak positif secara amnya di kawasan tersebut.



No comments:

Post a Comment