31 July, 2020

Salam Aidil Adha : 10 Zulhijjah 1441H : PKPP : 31/7/2020 : Jumaat


31 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.  Hujan sejak awal pagi, bersolat sunat Aidil Adha di Surau Bukit Serkam kemudian bersolat Jumaat di Masjid Ar Rasyid. Tajuk Khutbah tentang soal pengorbanan, menyentuh tentang pejuang kemerdekaan, pengorbanan pasukan keselamatan dalam mengekalkan keamanan hingga kini.

Jam 3.15pm memenuhi jemputan majlis Perkahwinan, amalan norma baharu. Ke Batu Gajah Pasir, S.O.P tetap dilaksanakan. Jam 6pm ke kebun mengambil rambutan hasil tanaman Abah. Bersama-sama menikmati juadah di rumah Kg Permatang Bukit Dua. #aidiladhaSalingbermaafan.






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment