01 July, 2020

9 Zulkaedah 1441H : PKPP : 1/7/2020 : Rabu


1 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Selamat menempuh Bulan Julai. Hujan awal pagi,sejuk dingin suasana dalam rumah.

Selamat merentas ke Kulim buat Adinda Rahim sekeluarga untuk menghantar Iqa mendaftar diri di Kolej Yayasan MARA, semoga dipermudahkan urusan dan selamat belajar di tempat baru buat Nur Ain Syafiqah - sukses selalu.. aamiin.

Jam 10am hantar Ina ke SR, balik nanti jam 7.30pm. Rutin malam PKPP. Menyinggah 7E, beli item Shopee bayar @7E...mudah juga. Ada duit bayar dikaunter.

Jam 4 pm ada sidang Media Menteri Pendidikan berkaitan sesi persekolahan untuk kelas 5&6 dan Tingkatan 1 - 6 Semester 1.

Ke SMKSM menjemput isteri.Rutin harian sambil menikmati buah Pulasan, Popia Sayur Goreng.

 Kemudian ke Jeti Kuala Sempang beli Ikan Jenahak Merah sekilo rm40, ikan belanak sekilo rm10. Menu malam ini Sup Ikan Jenak Merah, Ikan belanak Goreng.#alhamdulillah.

Pulasan : 1kg rm10




Bertabahlah wahai anakku
Sesi 2020




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment