06 July, 2020

14 Zulkaedah 1441H : PKPP : 6/7/2020 : Isnin


6 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas untuk semua. Malam semalam dapat perkhabaran tentang pulangnya ke rahmatullah Almarhum Atok Husin Mamot sekitar jam 0740pm, kemudian bersama Mansor dan Suhaimi ke Balai Polis Merlimau untuk membuat laporan kematian dan mendapatkan sijil pengebumian. Al Fatihah...

Sekitar jam 11 pagi Almarhum Tok Husin selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Pekan Merlimau. Mendekati usia 91 tahun, semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat Allah SWT... Aamiin.

Selepas Zohor, diadakan majlis bacaan tahlil dan bacaan surah Yaasin selepas solat Isyak. Al Fatihah...




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment