25 July, 2020

4 Zulhijjah 1441H : PKPP : 25/7/2020 : Sabtu


25 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Pepagi sudah ke RnR Sg Rambai arah utara, hajat hati hendak bersarapan Ketupat bercicah sambal Tumis tidak kesampaian kerana gerai makan tidak dibuka. Tidak tahu lah tidak berniaga lagi atau sebaliknya. Terus ke gerai makan berdekatan FAMA Ayer Tawar terkenal dengan ubi Rebus pelbagai Sambal...telah bertukar tuan rupanya. Tuan kedai yang lama telah tidak berniaga sejak suaminya meninggal dunia semasa awal musim PKP lagi. Innalillahiwainnalillahirajiun....

Kenalan isteri - bekas rakan sekolah, rakan sekilang yang telah mengambilalih kedai Makan tersebut. Masih ada menu Ubi Rebus sambal hijau cuma masih perlu ditambah baik untuk aura seperti suasana kedai yang lama - menu, susun atur tempat masak. 

Jam 12pm hantar Ina ke SR, balik nanti jam 9.30pm. Terus ke Jasin, hasrat hendak ke Mydin terbatal. Menikmati Nasi Beriani Hj Salleh - Nasi Beriani Kambing. Setelah itu ke Mr DIY membeli bekas, tanah, baja untuk menanam biak pokok bunga ros Jepun - beli di Nat Pokok Getah di Arau tahun lepas. 

Menjengah juga ke Lesong Mart bersebelahan untuk melihat, membeli barangan produk Muslim. Beli Pau, Popia segera serta Kambing Perap Terbang. Ada masa boleh membeli lagi. # BMF.

Jam 6pm ke Norizan Soto Merlimau untuk membungkus Mee Goreng Mamak, sedikit kelewatan terima pesanan, gangguan teknikal agaknya. Pasar Malam Serkam Pantai telah mula beroperasi hari ini dilokasi baru, laluan tengah dari simpang lampu isyarat.

Hujan renyai sebelah petang. Dingin suasana @TSM.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment