29 July, 2020

8 Zulhijjah 1441H : PKPP : 29/7/2020 : RABU


29 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. SDARY, SKSD, SMKSM, JRS Dan SR. Jam 10am hantar Ina ke SR, habis bertugas jam 07.30pm.

Kemudian isian minyak di Stesen Petronas rm40, menjengah Jeti Kuala Sempang tetapi jualan ayam dan daging lembu telah kehabisan, berpatah semula ke Pasar Awam Merlimau - membeli ayam 2 ekor rm30, harga bersih rm8 berbanding rm6 di gerai FAMA. Diluar Pasar, beli daging lembu 1kg rm32 , Tetel 1kg rm20. Sesak sedikit Merlimau, orang ramai berbelanja menjelang Hari Raya Aidil Adha.

Di Petronas tadi, terlihat Akhbar Utusan Malaysia telah kembali mewarnai pasaran media. Telah hampir 9 Bulan tidak muncul, pengurusan baru telah mengambilalih pengurusan Akhbar Utusan Malaysia Dan Kosmo. Tengok webnya www.mediamulia.com.my
Semoga terus sukses. Sebelum ini memang pernah melanggan Akhbar digital semasa dibawah Utusan Melayu. Sekarang langgan terus kedua-dua Akhbar dan diberi akses percuma langganan selama sebulan. Sejak 20 Julai 2020 rupanya Akhbar Utusan Malaysia kembali ke pasaran media. Dulu memang minat setiap Ahad - kolum Kisah Misteri.


Akhbar UM - 29/7/20


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment