18 July, 2020

26 Zulkaedah 1441H : PKPP : 18/7/2020 : Sabtu


18 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rehat tiada pemanduan ke lokasi biasa. Hari cuti tetapi bercadang menjengah Medan Selera di Kg Hulu, Melaka.

Hari Sabtu punya kelapangan waktu, bersama keluarga bersantai ke Makan Avenue Kg Hulu, Melaka. Pertama kali ke Medan Selera disini, hampir jam 12.30pm sampai, sudah berbaris panjang pengunjung apatah lagi masih segar viral dalam Majalah 3 minggu lepas tentang lokasi makan-makan disepanjang Sungai Melaka.

Pelaksanaan S.O.P pemeriksaan suhu badan, pesanan menu makanan melalui apps yang disediakan QR Code. Tumpuan pengunjung di hujung minggu. 'Better Late Than Never'. Lokasi baru JJCM di Melaka. Cendol Durian Kg Hulu, Pasembur Set B, Ramen Sotong, Ramen Tetel,Otak2 jadi pilihan tengahari ini. Ada kelapangan boleh ke sini lagi untuk merasai menu yang lain.






Pukul 7pm guruh berdentam dentum,harap hujan akan turun malam ini setelah bahang panas begitu terasa hari ini.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment