30 May, 2020

Salam 7 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 30/5/2020 : Sabtu


30 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
7 Syawal 1441H

Sabtu : Selamat berlibur, stay@home

Sudah seminggu kita menyambut Bulan Syawal - amalan norma baharu yang pasti meninggalkan nostalgia bagi Tahun 2020M/1441H.

Pagi ke Kedai Makan diTPI, masih belum boleh untuk menikmati makan di kedai, tokey tidak berani untuk membenarkan. Bungkus sahaja gayanya.

Kemudian menyinggah Kedai Ayam Rahimie...beli ayam kacuk kampung, tukar selera, asyik ayam bandar sahaja. Sekilo ayam kacuk kg rm16. Jumlah harga seekor rm27. Mahal harganya daripada harga ayam bandau. Teringin pula nak merasa ayam kg bersambal lado. Macam-macam. Tunggu menu Angsa berkari masakan Bonda pula nanti. Adik ipar menternak pelbagai - ayam kampung, itik, Angsa...mantap,dapat merasa.

Menu Sarapan : Nasi Lemak Daun Pisang, Karipap Kentang, Roti Canai Sardin, Roti Telur, Sambal Kupang Lima Hinggit, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Ayam Kampung Sambal Berlado,Air A&W, Air Kelapa Kotak.

#syukurAlhamdulillah
Syawal 1441H





Air Kelapa direbus bersama ayam kampung
bagi melembutkan dagingnya
Macam2 petua

Ina ke SR dihantar oleh rakannya setelah berhariraya sakan hari ini. Jam 0930pm akan pergi menjemput balik berkerja. Rutin malam PKPB.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment