20 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 20/5/2020 : Rabu


20 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
27 Ramadan 1441H

Rabu : Jam 7am hujan turun diTSM, alhamdulillah sejuk suhu dalam bilik, semalam suhu bilik mencatatkan 35.1°c. Ikutnya suhu panas sedang melanda negara sehingga bulan September nanti. Memang terasa bahang panas semalam, membuatkan selera membeli pelbagai minuman untuk berbuka puasa. #KitaJagaKita.

Jam 3pm hantar Ina ke SR, balik nanti tugas jam 9.30pm. Rutin malam PKPB.
Menyinggah 7E membeli topup untuk TnG E-wallet. Bayar bil SAMB dan lain-lain secara online sekarang.

Kemudian ke Kg Parit Gantung untuk membeli Mangga Chekonen, ikut kata pembekalnya mangga dpd Terenganu. Rm25 untuk 5 kilo.

Dari Sg.Rambai ke Merlimau untuk mencari juadah berbuka puasa.


Menu sahur : Nasi Putih, Sup Ayam, Sambal Sardin, Teh0Suam.

Menu berbuka : Nasi Lemak Kukus, Sambal Telur Puyuh, Paru Goreng, Air Soda Bandung, Air Kordial Oren OK.+Popia Basah, Roti John Daging. Teh0Suam.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment