24 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
1 Syawal 1441H
Selamat Menyambut HariRaya Aidilfitri 2020M/1441H. Sejarah tercipta, amalan norma baharu dalam meraikan 1 Syawal 1441H. Alhamdulillah bertemu Aidilfitri - Bulan kemenangan umat Islam setelah menempuh, melaksanakan amalan ibadah sepanjang Bulan Ramadan lepas. Amalan baharu, syukur dapat bersama keluarga melaksanakan ibadah solat berjemaah solat tarawih sepanjang Ramadan diteruskan pula solat sunat Aidilfitri pada pagi ini. Doa semoga segala amalan ibadah diterima, diberkati Allah SWT.
Menu Syawal : Ketupat Mini, Kuah Masaklodeh, Rendang Ayam, Rendang Tok, Kuah Kacang, Kek Indulgence SR, Teh0Suam.
Hujan rahmat pagi Syawal diTSM. Selepas solat bersama keluarga berkunjung ke rumah ayah bonda. Syukur masih dapat meraikan HariRaya Aidilfitri bersama ayah bonda. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin...
Syawal 1441H pasti kekal dalam kenangan...amalan norma baharu dalam meraikan hadirnya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment