26 Mei 2020 : #KitaTeguhKitaMenang
3 Syawal 1441H.
Selasa : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ke 21 buat Anakanda Nur Khairiah. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Beroleh keberkatan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin....
Juga hari ini Jubli Perak - Ulangtahun Perkahwinan Tuan Arshad dan Puan Norlia : semoga anda sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Juga hari ini Jubli Perak - Ulangtahun Perkahwinan Tuan Arshad dan Puan Norlia : semoga anda sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.
Jam 1010am ke Kedai Ayamas Bukit Baru untuk memenuhi permintaan Riya menikmati menu dari Ayamas. Ayam perisa Black Pepper dan Ayam Percik berserta Nasi Ayamas dibungkus untuk dinikmati bersama juadah makan tengahari.
Balik menyinggah ke Kolam Taman Semabok Perdana menikmati pemandangan indah bunga keladi air yang subur mekar bak indahnya lautan bunga di Korea Selatan. Bergambar sebentar Hari ke 3 Syawal.
Masih perlu akur SOP PKPB. Macam-macam di Melaka, pantang viral.
Sudah ada kawalan dari pihak berkuasa, mungkin buat sementara tiada lagi dibenarkan untuk bergambar kerana sejak viral kawasan tersebut jadi tumpuan ramai sehingga menimbulkan kegusaran pelanggaran SOP PKPB...bertabahlah rakyat Melaka.

Jam 1pm hantar Ina ke SR, bertugas hingga jam 0930pm. Menjemput malam nanti, rutin tugas malam PKPB.
No comments:
Post a Comment