05 May, 2020

Koleksi Gelas Sunquick : Tahun 2020


5 Mei 2020 : Bertambah akhirnya koleksi gelas Sunquick Siri Tahun 2020. Dari tahun 2012 sehingga 2020, pihak pengeluar Sunquick memberi cenderahati gelas berbeza dengan ketinggian dan saiz yang sama.

Hari ini ke Mydin Jasin untuk memburu koleksi tahun ini setelah kedai sekitar Merlimau hanya memberi gelas Sunquick tanpa cetakan berwarna Sunquick 2020.

2020 juga menampilkan gelas yang mempunyai cetakan Eksklusif SUNQUICK dibawah tapak gelas. Koleksi dari 2012 hingga 2019 (saiz dan ketinggian gelas yang agak sama) hanya ada cetakan berwarna SUNQUICK serta Tahun Keluaran dibahagian hadapan gelas. Namun kali ini berbeza dan lebih tampil cantik, eksklusif untuk pencinta koleksi gelas tersebut.



Dua gelas Sunquick 2020












 Gelas Tahun 2020 tampil dengan
Cetakan jenama SUNQUICK
dibawah gelas, Eksklusif Dekad Baru

Gelas 2011 lebih tinggi
 berbanding Gelas  2012





Selamat meneruskan hobi anda.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.

No comments:

Post a Comment