14 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 14/5/2020 : Khamis


14 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
21 Ramadan 1441H

Khamis : Ina tidak bertugas hari ini, begitu juga tiada pemanduan ke SMKSM. Hari ini bersama isteri dan Ikhwan ke JPN Cawangan Jasin untuk membuat Kad Pengenalan anak bujang. Nama diisi,no telefon, suhu badan dicatat...SOP JPN Jasin pematuhan PKPB. Minggu hadapan baru siap IC Ikhwan, tiada caj denda lewat dikenakan ..musim PKP berlarutan sejak 18 Mac. Tarikh lahir Qwan 7 Mac lepas.

Kemudian menjengah Mydin Jasin, juga kuat kuasakan SOP yang sama.
Amalan norma baharu dalam kehidupan.

Petang menyapu, membersih kawasan dalam dan luar rumah Permatang Bukit 2. Lama ditinggal mak ayah yang tinggal bersama adik akibat PKP.


Menu sahur : Nasi Putih, Ikan Caru Kuah Asam, Ayam Masak Lemak Cili Padi, Paru bergoreng, Teh0Suam.

Menu berbuka : Kueteow Goreng, Lemang Merlimau (rm12) rendang  daging telok mas (rm10), donut Jco, Air Soya, TaufuFah, Teh0Suam.
#syukuralhamdulillah.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment