06 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Tahap Dua : 6/4/2020 : Isnin


6 April 2020 : #KitaJagaKita             

Menu pagi : Mee Goreng Basah, Nasi Goreng Sardin, Telor Rendam Separoh Masak, Radix Coffee.

Hari ini pasti beratur panjang di mesin ATM untuk penerima BPN B40 kerana bermula hari ini bermulanya pembayaran secara berperingkat untuk mereka atas pakej Bantuan Prihatin Nasional bagi menangani kekangan kewangan ketika Wabak COVID19 melanda negara. Proses pembayaran akan dilaksanakan pula selepas ini kepada kategori M40. Semoga musibah ini akan cepat berakhir dan keadaan pulih seperti sediakala. 

Jam 1pm menghantar Ina ke SR dan habis bertugas jam 7pm. Semoga dipermudahkan urusan pada hari ini.

Menu tengahari : Lontong Goreng (ketupat segera yang tidak habis), telur masak kicap, air suam.

Menu petang : kek marble, Min Kaffe.



PKP Tahap Dua

untuk peminat koleksi setem
Tahun 2020





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


No comments:

Post a Comment