03 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 3/4/2020 : PKP Tahap Dua : Hari Jumaat


3 April 2020 : #KitaJagaKita

Salam Jumaat Buat Semua.

Menu pagi : Nasi Lemak, Sambal Udang, Ikan Selar Kuning cicah kicap memBawang, Telur Ayam Goreng, Mentimun, Teh0Suam.



#syukur alhamdulillah..hujan lebat turun pagi ini. Nyaman terasa suhu didalam rumah setelah hari-hari sebelum ini cuaca panas.

Jam 10am hantar Ina ke SR, sempat menyinggah Pasaraya Merlimau Point membeli barangan keperluan harian, berbaris para pembeli, patuh arahan penjarakan antara satu sama lain, memakai penutup muka dan hidung serta menggunakan pencuci cecair tangan ditempat yang disediakan. 

Menu tengahari : Nasi Lemak, Sambal Sotong, Telur Goreng, Air Suam.

Menu petang : Fluffy Bun Kaya Gardenia, Oligo Suam.

Hari ini harga runcit petroleum diumumkan untuk tempoh seminggu.




Semoga kehidupan kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat...Aamiin


No comments:

Post a Comment