09 February, 2011

RM1.63 Juta...dadah vs dedah


Harian Metro Rabu 9 Feb 2011- "Wang dadah RM1.63 juta" ms 3..antara sedutan artikel adalah polis menemui wang tunai RM1.63 juta disembunyikan dalam karung makanan anjing dan satu beg pakaian..hai kaya sungguh 'pengedar-pengedar', tulah agaknya jalan perniagaan paling lumayan dan paling cepat untuk bergelar jutawan..yang hairannya "saringan ujian air kencing terhadap suspek di dapati negatif, selain mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau..kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan..ermm macam-macam hal yang bersangkutan dengan dadah..apapun tahniah atas tindakan pantas unit PDRM..
Ada baik juga wang yang dapat tu di'derma' kepada pihak KDN bagi membantu dan menampung kos pemulihan sahabat-sahabat di Pusat Serenti..tentu pemilik wang itu tak marah malah dapat menyumbang bakti atas apa yang mereka perolehi selama ini dari hasil perniagaan haram tersebut..
 Lepas cerita dadah sambung pula kes dedah dalam Harian Metro gak..hari ini ms 6- tindakan seorang wanita Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut...dipercayai wanita terbabit 'keldai dadah'...wang..wang..wang..boleh mengubah segala..?


Moral of the story : Dadah boleh mengubah segala..minda,moral,sahsiah diri,rosak rumahtangga dan 1001 bencana..kerana itu jauhi dari najis DADAH..

No comments:

Post a Comment