14 February, 2011

MELAKA dan Liga FAM 2011

Apa kabau semua..biasa la orang Melaka kan..hari ni nak cerita pasal bola, ye la baru jam 6 tadi tamat nonton aksi Ronaldo (Real Madrid)..betapa skillnya ketika bertemu Espanyol dan betapa terlepasnya beberapa peluang Adebayor ..one by one ma..walaupun RM menang 1-0, ia pasti dapat mendekatkan lagi mata dgn Barca..hai jauh ke Liga Sepanyol, ye la sejak beberapa hari lepas..Msia menang dgn Hong Kong, next jaringan menarik Rooney, kemudian terbaca pulak artikel Rahsia Kehebatan Barcelona dalam Metro Ahad - bagaimana sistem akademi remaja 'futbol base' Barca telah melahirkan beberapa pemain unggul spt Messi, Valdes, Xavi, Pedro...kira berkesan ler sistem akademi remaja kelab berkenaan..kira patut diambil contoh tentang keberkesanan pengurusan kelab tersebut, yang pasti suntikan kewangan yang besar di perlukan. Sedutan artikel - Anehnya, hampir sepanjang hari dihabiskan dengan pelajaran sekolah. Hanya dua jam dikhaskan untuk berlatih pada sebelah petang dan 'sering bersama bola'..Ia lebih seperti keluarga.Doktor, pakar psikologi, guru dan ada ketikanya, jurulatih datang kesini untuk makan bersama, jadi kanak-kanak berasa mendapat sokongan...hebat..hebat...
Aku bukan apa terbaca dalam Kosmo Sabtu lepas tentang Liga FAM 2011 yang telah bermula semalam..terlihat senarai pasukan..huhu..Melaka salah satu dari pasukan yang akan beraksi dalam liga tersebut..tengok senarai pasukan rasanya Melaka satu-satunya pasukan bertaraf negeri, yang lain-lain tu tahap kelab je..apatah lagi Angkatan Tentera Malaysia ada 3 wakil dalam liga tersebut - Tentera Darat, Kor RAMD, TUDM Hornet..wahhh kira pesat gak membangun sukan bolasepak ATM, ramai anak muda berbakat dah join ATM kut..hehe..lepas tu pulak ATM bertanding pula dalam Liga Perdana..kiranya ada 4 wakil ATM dalam liga-liga anjuran FAM...
Teringat nostalgia tahun 80an dulu ketika era Datuk Soh Chin Aun, Ramli Junit..nonton bola kat Stadium Kubu, duduk nonton tempat 'tangga kambing' haha..atas tempat duduk kayu..waktu petang ler..berebut-rebut beli tiket, masa tu belum ada game malam lagi ..seingat aku nonton game malam pertama kat Stadium Kubu masa Tim dari Merlimau lawan pasukan mana ..aku pun dah lupa dalam satu kejohanan yang dianjurkan MAFA..nostalgia, jika nak free show ada yang panjat pokok kat luar stadium,nak free gak  bole naik kat Wisma Negeri (masa zaman tu) kat sebelah kiri stadium..tapi pakat ngan guard ler..ermm..

2011 - Melaka akan beraksi dalam Liga FAM..huhu..kira makin merosot ler prestasi..liga ketiga FAM, selepas Liga Super, Liga Premier...harap2 rombakan besar2an dalam senarai pemain akan menjamin prestasi lebih baik Melaka untuk meningkat ke Liga Premier pada 2012 dan kembali beraksi dalam Liga Super tahun 2013...masa tu aku dah bole kembalikan nostalgia menonton bersama my son...ya lah alam awam bakal menjelma pertengahan tahun nanti...paper Metro ngan Kosmo hari ni pun tak de citer tentang Liga FAM, makin terpinggir ler Melaka dari info bolasepak tempatan..apapun kabau gembira Melaka menang game pertama semalam dengan Kor RAMD 4-0 (info dari adik di Melaka) Game di Stadium Tun Fatimah, hai kira ok gak Melaka - ada 3 stadium yang boleh diadakan perlawanan, Stadium Kubu, Stadium Tun Fatimah, Stadium Hang Jebat..moga dengan infrastruktur yang ada dan pengurusan pembangunan sukan bola sepak yang efisyen,efektif (Melaka Bandaraya Bersejarah) akan dapat mengembali kegemilangan sukan bola sepak Melaka...Majulah Sukan Untuk Melaka..dan untuk ATM..(tempat jatuh lagi dikenang) tahniah atas kegemilangan sukan bolasepak - 4 wakil dalam liga-liga FAM, moga terus berjaya dalam sukan-sukan yang lain - Tinju, Ragbi, Menembak, Memanah, Squash, Hoki....di arena sukan tanahair.

Untuk Melaka..moga terus berjaya dalam Liga FAM 2011..gegau Melaka gegau...

No comments:

Post a Comment