13 February, 2011

Jalan-jalan - Hutan Lipur Gunung Datuk

Perancangan spontan untuk mengisi hujung minggu-kemana arah setelah tak balik ke Melaka minggu ini..teringat nak mandi-manda setelah 2/3 hari panas terik, air terjun mana lak kat N9 ni..asyik2 ke Ulu Bendul - Gunung Angsi, hari ini ingin meneroka kawasan air terjun Gunung Datok/Hutan Lipur Gunung Datuk sebab pernah terlihat pic fafau (fara fauzana) cuti2 ke Gunung Datuk..meskipun tak pernah pergi redah je..perjalanan dari Gemas ke Tampin..terpesong dari landasan asal apabila terlihat papan tanda Hutan Lipur Gunung Tampin..ermm..ok bagus gak jengah kawasan yang juga belum di terjah..belok kekanan melalui kawasan perumahan terus mengikut papan tanda akhirnya sampai ke kawasan kolam air Hutan Simpan Gunung Tampin..tak silap ada 4 kolam telah dibina - saliran air terus dari gunung (setiap kolam berbeza aras dalamnya)..cuma jengah2 je..cuaca panas,kawasan pun tiada tempat berteduh cuma wakaf yang dibina telah ada orang, jadi hasrat hendak singgah terbatal, terlihat catatan bayaran untuk mandi disitu -Dewasa -RM2 , Kanak-kanak RM1, jadi kembali ke plan asal Hutan Lipur Gunung Datuk.. Dari Tampin bergerak ke arah Rembau dan melalui Kg Batang Nyamor, Gadong dan kira-kira 2 km untuk sampai ke kawasan Hutan Lipur Gunung Datuk dari jalan besar.


Dengan kemudahan meletak kereta percuma, kemudahan tandas, dewan besar untuk aktiviti serta chalet (4 buah jika tak silap) namun di situ tiada kemudahan penjualan kedai makanan/cenderahati, jadi kenalah bawa makan minum sendiri ma..pengurusan adalah dibawah tanggungjawab Koperasi Gunung Datuk Berhad..semasa sembang dengan petugas di situ, tiada bayaran dikenakan untuk mandi manda cuma bayaran RM3 dikenakan untuk mendaki Gunung Datuk..Mengikut catatan, Gunung Datuk mempunyai ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Pendakian untuk ke puncak mengambil maa kira-kira 2 jam. Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato'Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan Ketua Adat dan mengisytiharkan gelaran Dato' Lembaga pada tahun 1372. Sekiranya cuaca baik, dipuncak gunung anda boleh melihat Laut Selat Melaka..ramai juga pendaki-pendaki dari syarikat swasta, individu dan Ahli Kelab Rekreasi mendaki hari tu..myb nanti akan mendaki dgn kengkawan..insyaallah..



Sebenarnya banyak jeram yang terdapat di N.Sembilan..kawasan perkelahan hujung minggu..yang pernah aku pergi adalah - kawasan Ulu Bendul, Jeram Toi, Jeram Tengkek, Gunung Tampin, Gunung Datuk (baru semalam)..yang lain mungkin lupa nama agaknya..apapun sebelum berhijrah keluar, aku dan famili akan cuba menjelajah keseluruhan Negeri Sembilan..ya lah hampir 18 tahun berkhidmat di sini..huhu..selamat berhujung minggu..mana arah minggu hadapan...pastinya Merlimau..PM datang

No comments:

Post a Comment