Satu lagi tarikan riadah keluarga di Melaka adalah Taman Rekreasi Air Panas Jasin. Terletak 20 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh dan 3 km dari Simpang Petronas Bemban, Jasin, Melaka. Dibuka setiap hari iaitu : Isnin : 3 ptg -12 tghmlm , Ahad,Selasa,Rabu dan Khamis : 9 pg -12 tghmlm, Jumaat dan Sabtu : 9 pg - 2 pg. Dengan bayaran Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3, terdapat Air terjun buatan, cendawan air, wide waterslide manakala sumber air mineral panas asli disejukkan penuh khasiat mineral kalsium, magnesium, silika dan boron. Walaupun tidak seperti Pedas Hotsprings yang penuh dengan permainan air untuk kanak-kanak, yang penting dapat beriadah bersama keluarga dengan bajet yang sederhana. Yang menarik makanan luar dibenar dibawa masuk, jadi bolehler masak siap-siap dari rumah..save bajet ma...ermmm
Mengapa mandi Air Mineral Panas ?
- Melegakan pelbagai sakit sendi dan saraf- Mencantikkan rambut
- Membantu tingkatkan serapan kalsium tubuh
- Kurang risiko osteoporosis
- Melancarkan darah
- Menyingkirkan toksin
- Memulihkan tenaga...?
- Memulihkan sakit pinggang
- Membantu pulih pelbagai penyakit wanita ...?
Sampai jumpa lagi..jom mandi..tak sabar satu lagi tarikan di Melaka - Mei 2012, trem pertama yang menggunakan gas asli (NGV) di dunia..teringat trem di Christchurch..gegau Melaka gegau..
No comments:
Post a Comment