31 August, 2020

Selamat Hari Kebangsaan Ke 63 : MALAYSIA PRIHATIN

 

31 OGOS 2020 : #kitaJAGAkita

Salam Kemerdekaan Ke 63 : Malaysia Prihatin. Cuti Umum Hari Ini. Santai sahaja di rumah. Semoga Negaraku Malaysia terus dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan. Malaysia Prihatin - agar bersatu bersama memerangi pandemik COVID-19 dan menghadapi dan meningkatkan kembali ekonomi negara. #kitaMESTImenang



Petang menjengah ayahanda, sempat menukar kain balutan luka dan khidmat manicure. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin.


Jam 1730pm tanpa dirancang bersua,berkumpul di Kedai Makan Airtangan Aji Manap - enam rakan Darjah Enam 1978 - Kacip,zahar,Denan,Mail,Razak,termasuk aku(M.E.S 1), semoga dipermudahkan segala urusan.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Selamat Hari Merdeka Ke - 63.


Aamiin

No comments:

Post a Comment