16 August, 2020

26 Zulhijjah 1441H : PKPP : 16/8/20 : AHAD


16 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Selamat berlibur. Pagi ini menikmati sarapan pagi di Kedai Masri TPI. Jam 11am ke Gerai Makan Tun Teja Pengkalan Samak Merlimau ..Berhujung minggu menikmati Bihun Bakso, Kueteow Goreng, Mee Goreng Mamak, kopi Al Jannah mahkota dewa, Teh0Suam, ramai juga pengunjung pagi ini. Ada juga menu lain antaranya supgearbox Kambing/lembu rm10 sup gearbox Kambing/lembu mix Bakso rm15, Asam pedas ikan/Tetel, laksa Dan lain-lain. Selamat berkunjung ke Gerai Makan Tun Teja sambil boleh menziarahi Makam Tun Teja bersebelahan gerai. JJCM @Merlimau.



Selepas berehat santai di GMTJ, menyusuri jalan kecil tepian Sungai Merlimau untuk menziarahi perkuburan di belakang Masjid Ar Rahim..Al Fatihah buat Almarhum Hj Abd Kadir Manja Dan Almarhumah Hjh Jamnah Mojit.

Semoga dicucuri rahmat Allah SWT. AAMIIN...

Petang makan-makan di SUMO Kafe Crystal Bay Alai, Melaka. Lama tidak menjengah ke port ni, hiasan dalaman kafe ini sentiasa menarik, berubah-ubah ikut musim. Menu pelbagai harga berpatutan.


Alhamdulillah selesai makan petang, ditaja sepenuhnya Cikgu Ina. Kemudian jalan-jalan arah Bandar Hilir, menyinggah Kedai Kopi Lew Tong Cheong : membeli Sate Penjara..uniknya kedai Kopi gabungan peniaga bangsa Melayu dan Cina...jualan pelbagai menu masakan Mee,Nasi Goreng,Bihun,sate..minuman oleh peniaga Cina..was-was order jer air tin/kotak..pekena roti bakau pun boleh.. terbaik...JJCM@MELAKA


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

No comments:

Post a Comment