22 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita
Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB. Jam 11am hantar abah ke majlis kenduri Pak Kasim, tidak dapat turut serta kerana menghadiri majlis Perkahwinan anak lelaki jiran depan rumah. Bergerak kita ke Jalan Raja Pasai 2, Kg Air Hitam Darat Masjid Tanah, Melaka. Jalan agak sesak antara Sungai Udang ke Masjid Tanah,begitu juga kawasan perkelahan Pengkalan Balak, sesak dengan pengunjung domestik, pelancong ramai ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena cuti panjang sesi persekolahan.
S.O.P penting dipatuhi. #JJCM
Hujan renyai sebentar sahaja jam 03.30pm. Selamat bertunang untuk Salehudin Mak Ngah Saburah bersama pasangannya yang tinggal di Kg Kanchung Darat, Banting, Selangor. Semoga dipermudahkan urusan.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat
Aamiin
No comments:
Post a Comment