10 August, 2020

20 Zulhijjah 1441H : PKPP : 10/8/20 : ISNIN

 

10 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas untuk semua. Bermula Rutin pemanduan berbeza Hari Ini. Jam 0630am sudah keluar, SRAMP, SDARY,SKSD, SMKSM dan JRS. Selamat bertugas Cikgu Nur Khairina, menempuh pengalaman pertama,melapor diri sebagai Guru Ganti di SRAMP. Terpilih lantikan guru ganti dari PPD Jasin setelah dua kali permohonan sejak awal tahun 2020. Better late than never. Perlahan-lahan berlatih untuk pengalaman pertama kerjaya perguruan, setelah 3 kali gagal temuduga akhir ke Institusi Perguruan. Meski pun sebagai Guru Ganti/sementara/sandaran namun pengalaman itu penting sebagai lipatan sejarah kehidupan. Apatah lagi berhadapan dengan situasi semasa, kesukaran untuk mendapat kerjaya yang bersesuaian dengan kelulusan. Bertabahlah...





Petang menjengah AuniNajwa,esok dah balik semula ke Shah Alam. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.


Aamiin.


No comments:

Post a Comment