22 June, 2020

Salam 30 Syawal 1441H : PKPP : 22/6/2020 : Isnin


22 Jun 2020 : #KitaJagaKita
30 Syawal 1441H

Isnin : Jam 0715am hantar isteri bertugas di SMKSM. Sarapan bersama di Zaiton Cafe TPI, Nasi Goreng Cili Basah, Telor Rendam jadi pilihan pagi ini. Jam 10.30am hantar Ina ke SR, balik bertugas jam 3.30pm. Cuaca panas setelah hujan pukul 11.30pm malam tadi. Pesanan Edaran Terbaru Al Quran Mushaf Al-Hadi dari Shopee sampai pagi ini - logistik Ninja Van.

Menu tengahari - Nasi Ayam, Mee Goreng Mamak Kedai Dak Ina.

Ambil Ina pukul 3.30pm balik dari SR, menyinggah Kedai Dak Ina membeli Durian IOI dan D13 - udang Merah, macam-macam nama. Sekilo rm25 dapat 3 biji dengan harga rm50, janji dapat melepas aroma rasa. Esok lusa boleh cuba Musang King, ikut tanda harga rm40 sekilo.

Hari ini juga dapat perkhabaran gembira. Tahniah untuk Pak Busu Nuar dan Moksu Izlina menyambut kelahiran bayi perempuan. Alhamdulillah semoga semuanya sihat walafiat.

Salam 30 Syawal 1441H semoga dapat bertemu nanti Syawal 1442H. Insyaallah..




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment