18 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
26 Syawal 1441H
Khamis : Jam 0715am hantar isteri bertugas di SMKSM, kemudian bersama bersarapan pagi Nasi Goreng Telur Mata Bersambal Kupang. Jam 0830 ke Bengkel Kereta Total sebelah Pasaraya Mega, tukar minyak enjin Total dan belting (rm270 - rm150 minyak enjin+filter , rm120 belting) bertabahlah...minyak enjin pun dah hampir 6 bulan tidak ditukar. Siap kerja kereta, kemudian ke Klinik Kesihatan Merlimau ambil ubat-ubatan Emak.. alhamdulillah tidak lama menunggu pagi ini. 16 Julai tarikh ambilan ubat akan menyusul. Selepas hantar ubat, bawa kereta ke Carwash Serkam Darat Cawangan Merlimau untuk cuci Avanza luar dalam, lama sungguh tidak disirami buih-buih sabun untuk Avanza. Cuaca pun panas hari ini, memang sesuai dimandikan.
Selesai cuci Avanza, menyinggah Pasar Jeti Kuala Sempang, beli sotong (sekilo rm34) dan ayam seekor (rm15) untuk stok lauk esok.
Petang ini sekeluarga ke Kip Mall Melaka menikmati menu istimewa Pecal Lele Set, Sotong Lele, Ayam Bakar di Kafe Ayam Penyet Lamongan. #alhamdulillah.

Tukar Belting Speedo meter (435854) |
Hujan menyirami Bandar Melaka petang ini.
Semoga kita kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat
Aamiin
No comments:
Post a Comment