05 June, 2020

Salam 13 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 5/6/2020 : Jumaat


5 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
13 Syawal 1441H

Jumaat : Masih belum tersenarai nama untuk berSolat Jumaat minggu ini. Bertabahlah...

Jam 0745am hantar isteri ke SMKSM untuk penggiliran penugasan kakitangan sokongan. Balik jam 12pm menyinggah Kedai Ayam Rahimie untuk membeli ayam kampung (rm26 - sekilo rm16) buat goreng sambal berlado petang nanti, Roti Canai Sejuk Beku (rm6). Pembelian Shopee online Katrij Kembar Canon (Black And Color) selamat sampai.

FPX online lagi untuk Riya : join Road To Hogwarts Virtual Run - Super Early Birds (T-Shirt & Medal) - kumpul koleksi medal 2020.

Jam 3pm hantar Ina ke SR, hari ini jadual kerja bertambah ke pukul 10.30pm setelah Melaka melanjutkan waktu perniagaan makanan sehingga jam 10pm. Rutin malam PKPB.

Menu malam : Kueteow Goreng Kerang, Nasi Putih, Ayam Kampung Masak Berlado, Air Perisa Delima, TehAis, TehBunga Yeos. #alhamdulillah

Hari ini juga tercatat lagi catatan sejarah untuk Kerajaan Negeri Melaka apabila anak Melaka pertama mengangkat sumpah perlantikan sebagai Yang di-Pertua Negeri Melaka ke-7.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment