12 June, 2020

Salam 20 Syawal 1441H : PKPP : 12/6/2020 : Jumaat


12 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
20 Syawal 1441H

Jumaat : Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM. MengeTeh di Zaiton Cafe TPI bersama isteri. Nasi Goreng Cili Basah Telur Mata jadi pilihan pagi ini.

Jam 0845am ke rumah Ustaz Supriyadi untuk menempah slot Solat Jumaat hari ini. Alhamdulillah berjaya mendapat nombor kad - 100 untuk berSolat Jumaat hari ini. Semoga dipermudahkan urusan. Insyaallah...pakai pelitup muka, ambil wuduk di rumah, bawa sejadah sendiri dan bawa kad nombor tadi, tinggalkan kad tersebut dikaunter pendaftaran - pesan Ustaz...amalan norma baharu. Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah SWT dapat menunaikan Solat Jumaat, pihak pengurusan masjid mengambil langkah-langkah yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Agama Islam Melaka. Tajuk khutbah "Sabar Hadapi Ujian".

Jam 10am hujan lebat di TSM, Sejuk dingin suhu bilik dalam rumah, cuaca panas sejak dua tiga hari lepas.
Sebelah petang cuaca terasa panas.
Malam nanti ke SR menjemput Ina, Rutin baharu Musim PKPP.

Amalan norma baharu



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

No comments:

Post a Comment