01 December, 2011

Disember/Muharram/Safar

Salam Muharram 1433H..alhamdulillah menganjak kita ke Bulan Disember 2011/Muharram/Safar 1433H...

Bermula bulan ini,kita melalui pelbagai bentuk  musim seperti musim  cuti persekolahan, berkhatan, berkahwin, bertunang, tengkujuh, buah2an, banjir...dan musim cuti persekolahan yang bermula pada 18 November lepas telah memberi peluang kepada aku untuk melaksana perancangan cuti bersama famili..

Alhamdulillah perancangan telah berjaya dilaksanakan mengikut itenirari..percutian dari Pasir Besar Gemas - Ipoh - Cameron Highlands - Sungai Besi - Port Dickson - Melaka. Syukur ke hadrat  Allah swt  kerana memberkati dan merahmati perjalanan/percutian kami yang bermula tanggal 21 November hingga 28 November 2011 lepas. Benar-benar terasa kepuasan dihati kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta dalam jangkamasa tersebut dengan pelbagai bentuk percutian : Percutian taman tema, tanah tinggi, beli belah, pantai....Insyaallah akan datang perancangan untuk 'snorkling' ke Pulau Kapas..

Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Bulan Disember :

Konsert Tradisional : Dikir Barat, Ghazal, Makyong, Dondang Sayang, Nobat : Disember 2011 : Tempat : Menara Taming Sari Melaka. Bagi yang berkelapangan, sama-sama kita saksikan sebuah konsert tradisional yang hebat dengan menggabungkan dikir barat, ghazal, makyong, dondang sayang dan Nobat. Pasti hebat dan menarik.

Melaka International Regatta : 1 Dis - 11 Dis 2011 : Tempat : Dataran 1 Malaysia, Klebang Besar, Melaka. Bagi yang ingin menyaksikan pertandingan perahu layar peringkat antarabangsa di Melaka, jangan lupa saksikan beramai-ramai di Klebang Besar, Melaka.

Langkawi International Maritime & Aerospace Exhibition (LIMA) 2011 : 6 Dis - 10 Dis 2011 : Tempat : The Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) Langkawi, Kedah. LIMA 2011 kembali lagi dan saksikan acara berprestij ini yang dipenuhi pelbagai acara menarik.

Kiulu 4M Bamboo Rafting Challenge : 4 Dis 2011 : Tempat : Kiulu 4M Challenge/Tuaran District Tourism. Merupakan sebuah pertandingan sukan ekstrim tradisional yang bermula dengan huruf  'M' di dalam bahasa kadazandusun - Manangkus (berlari), Mamangkar (bamboo rafting), Manampatau (paddle swimming with bamboo pole) dan Mamarampanau (bamboo stilt walking). Jika punya kelapangan sama-sama kita saksikan sukan tradisional ini..

Festival Tarian dan Kebudayaan India 2011 anjuran Penang Temple of Fine Arts : 2 Dis - 4 Dis 2011: Tempat : Fort Cornwallis, Padang Kota Lama, P.Pinang jam 11 pagi.

Majlis pelancaran Hari Bebas Berbasikal oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang : 11 Dis 2011 pukul 7 pagi : Tempat : Kawasan Lebuh Pantai, Georgetown, P.Pinang.

Penang Pesta Dragon Boat Race 2011 : 10 Dis - 11 Dis 2011 : Tempat : Teluk Bahang, Pulau Pinang. Sama-sama kita saksikan festival terunggul di Pulau Pinang dengan pelbagai jenis bot dan pelbagai hiasan menarik.

Sambutan Hari Krismas : 25 Dis 2011 : Seluruh Malaysia. Bagi penganut agama Kristian perayaan ini sememangnya dinantikan oleh mereka untuk menyambutnya.
                                                                        * Sumber maklumat Libur & Kosmo*

Selamat menempuh Bulan Disember 2011/Muharram/Safar 1433H..semoga kita sentiasa dirahmati dan diberkati Allah swt..insyaallah..

No comments:

Post a Comment