17 November, 2011

Kelebihan Membaca Al-Quran


Kelebihan membaca Al-Quran :

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda : Daripada Ibnu Umar r.a berkata : "Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air.Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula.Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran".

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda , "Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya.Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf  dan Miim satu huruf".

Hadis daripada Rasulullah s.a.w yang berbunyi : "Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung didalamnya.Ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya".

       *Sumber rujukan sisipan Buku Aturcara Majlis Khatam Al-Quran  Peringkat SK Pasir Besar, Gemas, N. Sembilan pada 21 Zulhijjah 1432H.


Begitulah antara butir catatan yang terdapat dalam buku aturcara yang disertai oleh Kak Ngah dalam Majlis Khatam Al-Quran hari ini.

Dan hari ini juga keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011..dengan sedu sedan, Nur Khairiah menyerahkan slip keputusan 3A 2B, gagal mengatasi Kak Long (4A 1B) tapi berjaya mengatasi keputusan Penilaian ayah dan ibu...ermm..meskipun abah telah mengetahui seawal jam 10.30 pagi melalui SMS 15888...tapi buat-buat tak tahu ler. Untuk Kak Ngah : La Tahzan, tidak mengapa, masih belum ada titik noktah penamat untuk kejayaan lebih cemerlang, gemilang di masa hadapan. Sekurang-kurangnya jadikan kegagalan sekarang untuk jadi pencetus bangkit dengan 1001 kejayaan..berjaya Dunia dan Akhirat. Keseluruhannya dengan keputusan Ujian Penilaian Kelas KAFA : 5A 3B dan UPSR : 3A 2B.. abah dan mak serta adik beradik yang lain tetap mendoakan agar Kak Ngah akan terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan. Insyaallah...

Dan sama-samalah kita nantikan pula keputusan Kak Long dalam PMR 2011 pula..insyaallah, minggu hadapan kita sekeluarga akan menikmati 'percutian keluarga', pertautkan kasih sayang dan kukuhkan lagi ukhwah persaudaraan antara kita..ayah ibu, kakak dan adik beradik..insyaallah..

Selamat menempuh Zulhijjah/Muharam/November..semoga kita akan sentiasa diberkati dan dipayungi rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment