07 December, 2011

Percutian Domestik 2011 : 1100 km

Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana telah merahmati dan memberkati percutian domestik kami sekeluarga. Alhamdulillah..percutian keluarga yang bermula dari 21 November - 28 November 2011 berjalan lancar mengikut apa yang dirancang, tanpa mengalami sebarang perkara yang tidak di ingini. Perancangan yang bermula sejak sebulan sebelum percutian adalah persetujuan bersama : mengalami/merasai tema percutian yang berbeza - percutian taman tema, percutian tanah tinggi, beli belah, pantai dan sejarah. Sememangnya ilmu yang diperolehi ketika berkursus lewat tahun lepas di PERHEBAT amat berguna dalam merancang, merencana percutian meliputi hal-hal kenderaan, itenirari, makan minum, penginapan.
Sememangnya perkara sebegini amat perlu dititikberatkan sebelum membuat 'road tour'..apatah lagi aku yang memang kurang mahir tentang arah perjalanan ke sesuatu destinasi.  Sebulan sebelum : aku telah mula menitik beratkan mengenai kenderaan, servis enjin, aircond, pemeriksaan tayar, membuat tempahan awal penginapan ke destinasi yang hendak di tuju, pengiraan bajet, pembelian 'first aid kit', barang-barang/pakaian yang perlu dibawa (seminima mungkin untuk jangka 1 minggu) dan yang paling berbaloi/berguna : pembelian GPS - sistem navigasi arah, memudah, menyakinkan untuk aku memandu apatah lagi 'one man show' sepanjang 'road tour' yang lepas.

Akhirnya perjalanan percutian domestik kami sekeluarga daripada Pasir Besar (Gemas) - Ipoh/LWOT (Tambun) - Cameron Highlands - Mines Resort (Sungai Besi) - Port Dickson - Serkam (Melaka) telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah...moga ikatan dan kasih sayang dalam keluarga akan lebih utuh melalui percutian dan boleh juga di anggap secara tidak langsung terapi minda sekeluarga.

21 Nov dan 22 Nov 2011

Asal nama Tambun di Tin Mines, LWOT
Perancangan hari pertama dan ke dua : adalah menuju ke Ipoh : bertemu Taiko Chemor (Bang Din) dan menjejaki glamornya Nasi Ganja (baca dlm Majalah Libur) di Restoran Yong Suan, Jalan Yang Kalsom, Ipoh. Kemudian 'check in' ke Lost World Of Tambun Hotel (LWOT).

Kenderaan bergerak jam 0715 pagi  merentas Kuala Pilah dan memasuki Tol Senawang, melalui Lebuhraya PLUS dan exit 214 menuju utara. Kami singgah sebentar di R n R Dengkil setelah menempuh perjalanan hampir 2 jam (slow2 ma), menikmati hasil air tangan isteri, sandwic telur dan menerus kembali perjalanan ke utara dan berhenti di R n R Tapah jam 11.30 pagi (biasalah tumpuan buah Jambu Batu takde biji ngan jambu air madu). Kemudian keluar melalui Tambun Exit dengan Touch N Go menunjukkan bayaran sebanyak RM37.90. Bersama famili tunggu sebentar Bang Din di laluan berdekatan jejambat  Panorama Tambun Perdana (kawasan perumahan). Akhirnya bersama juru pandu arah ke destinasi Restoran Yong Suan Nasi Kandar untuk menjejaki Nasi Ganja. Tempat makan penuh sesak pada hari itu membuatkan aku 'tapau' sahaja (lauk ayam, pilihan lauk2 lain pun ada juga),  kemudian menikmati Nasi Ganja di Dataran Lang. Janji misi tercapai. Istimewanya Nasi Ganja  adalah pada sambal kelapa kuning yang tiada di tempat lain (ikut kata mamak tu ler). Biasa je rasanye tapi Qwan cukup berselera makan..kira sedap ler tu...kanak2 kan

Bersama Penghulu Din di Dataran Lang, Perak pekena Nasi Ganja
Pemandangan di kawasan rekreasi Gunung Lang cukup cantik dengan di latari banjaran batu kapur..sesuai untuk beriadah bersama famili. Terima kasih kepada En. Tajudin kerana bersusah payah meluang masa seketika menunjuk arah, berbual meskipun tak lama tapi cukup rasanya kerna hampir 4 bulan tak berjumpa. Kami sekeluarga kemudian bergerak ke LWOT Hotel untuk bersantai selama 3 hari 2 malam. Bayaran 'exotic room' semalam RM 195 : free 2 x kupon breakfast / 2 x kupon hotsprings.  Manakala bayaran masuk Taman Tema Air LWOT : RM 45 (Dewasa) RM 38 (kanak-kanak : kurang 90 cm tidak dikenakan bayaran). Semua perbelanjaan di dalam Taman Tema : sewa tiub pelampung, makanan, minuman, cenderahati adalah melalui 'top up' wrist band' iaitu gelang yang dipakai. Minima RM 50 dan maksima RM 500..manakala untuk masuk ke Hot spring dan spa RM 15 (dewasa/kanak-kanak) di buka mulai jam 6 ptg hingga 10 mlm.





Sebelah petang hari ke dua, sempat meronda Bandar Ipoh, berbekal panduan GPS menikmati enaknya masakan di Medan Selera Stadium Ipoh, Perak. Secara ringkasnya : percutian di LWOT sesuai bagi keluarga, kemudahan taman tema air, spa di hot springs, pelbagai permainan, 'petting zoo' yang menarik, info tentang perlombongan bijih timah..di kelilingi banjaran batu kapur yang mempesona. Alhamdulillah, sepanjang 3 hari 2 malam di sana, cuaca amat baik. Apatah lagi menginap di LWOT Hotel (baru dirasmi bulan April lepas), berjalan kaki hanya 50 meter ke taman tema tersebut. Sarapan pagi yang menyelerakan di Garden Terrace.  Lokasi penginapan berhampiran Pasaraya Giant, McD 24 hrs, parkir yang luas cuma segalanya bergantung kepada fulus anda, sesekali nak merasa..better late than never. Sekiranya anda memilih untuk penginapan bajet antaranya terdapat Hotel Sun Inns, Sunway City, Ipoh.



23 Nov dan 24 Nov 2011


Perancangan hari ke tiga dan ke empat : menjejaki Anjung Kafe Teh Boh di Ladang Sg. Palas dan menyelusuri sejarah Cameron Highlands di Galeri Time Tunnel. Check in di The Cool Point, Tanah Rata.

Check out jam 11 pagi dari LWOT Hotel menuju ke percutian tanah tinggi Cameron Highlands melalui arah Simpang Pulai. Singgah sebentar di Avant Chocolate Manufacturer, terpesona dengan corak pembungkusan teh yang diperbuat dari tin pelbagai corak seperti buku, jam. Beli satu Tea Book Vol. 1...ermm..dari Sri Lanka rupa-rupanya. Setelah terlajak ke hadapan, hasrat untuk ke Tea Boh Centre tetap diteruskan. Berpatah balik menjejaki papan tanda Ladang Teh Sg Palas, akhirnya terlihat papan tanda tersebut yang agak terlindung. Melalui jalan berliku kira-kira 5 km, terpaksa berhati-hati dan membunyikan hon kerana anda terpaksa menempuh jalan yang hanya boleh dilalui sebuah kenderaan. Rasanya pihak pengurusan Tea Boh perlu meniru cara / jadual kenderaan masuk dan keluar seperti yang dilaksanakan di Bukit Fraser.
View kediaman pekerja ladang Sg Palas
Alhamdulillah berjaya menjejaki Kafe Tea Boh Sg Palas jam 2 petang. Berpeluang menikmati teh Cameronian di anjung sambil makan frankfurter sausage , akhirnya ku sampai jua apatah lagi asyik lihat dalam iklan Teh Boh pemandangan anjung tersebut. Maklumat tentang pembuatan teh turut di perolehi apabila menjelajah ke kilang teh Sg Palas. Setelah hampir 2 jam disana, bergerak ke The Cool Point, Tanah Rata untuk menginap 3 hari 2 malam di situ. Harga Family Room sebenarnya RM255 tapi dapat diskaun ke RM 175 dengan 4 x baucer breakfast. Sebelah malam menjelajah Pasar malam di Brinchang, musim 'salji' di Cameron Highlands..dingin, sejuk..terpaksa membeli sarung tangan, topi..

Sebenarnya 3 hari 2 malam di sana diselubungi dengan musim hujan gerimis namun tempat-tempat menarik tetap perlu di jengah. Antara tempat menarik di jelajahi ialah Rose Valley, Butterfly Farm, Galeri Time Tunnel dan Kea Farm.
Jalan jalan Kea Farm

 
Dalam Time Tunnel
Galeria Time Tunnel terletak di Kok Lim Strawberry Farm. Harga bayaran masuk RM5 (dewasa) dan RM3 (kanak-kanak). Menjelajah Galeria tersebut umpama terowong masa menggamit kenangan silam. A journey back in time not to be missed! more than 2000 artifacts on display. Take A walk down memory lane : Petikan dari brosur Galeria. Dapat informasi tentang sejarah Cameron Highlands melalui catatan dan gambar apabila kita melihat dan membaca maklumat dalam galeria ini. Di buka mulai jam 0830 pagi hingga 0630 ptg. 

Cameron Bharat Valley
Lata Iskandar

25 Nov dan 26 Nov 2011

Mines Resort City (water taxi)

 
 Perancangan hari ke lima dan ke enam : menjejaki Mines Resort dan rumah Mr.Mustafah di Bandar Nusaputra. Check in di Hotel Bajet Sun Inns D'Mind @ The Mines.

 
Check out The Cool Point jam 10 pagi. Perjalanan seterusnya turun melalui jalan ke Tapah, jalan berliku, ada beberapa kesan tanah runtuh, pening kepala dibuatnya..sempat bergambar di Cameron Bharat Valley dan di kawasan air terjun Lata Iskandar. Singgah solat Jumaat di Masjid  Pekan Bidor dan makan tengahari di warung jalan menghala ke Tol Bidor. Rasa mengantuk pula apabila dah makan...ermm...Check in hotel bajet jam 4 ptg setelah salah set GPS, ke Sun Inns Sunway Lagoon pulak arahnya..tak pe sekurang2nya dpt lihat lah taman tema tersebut..Sun Inns D'Mind terletak berhampiran stesen komuter Serdang dan hampir 100 meter dgn Mines Resort City dan berdekatan dgn Downtown Mines City. Harga 'connecting room' semalam RM160 tanpa breakfast.

 
Jam 6 petang berjalan kaki menyusuri bawah Kondominium Heritage, untuk menjejaki Water Taxi Mines. Untuk maklumat hanya perkhidmatan 'water taxi' ke Tasik Utara dan Selatan dan panorama pancuran air berirama masih dibuka. Taman Tema  Mines Wonderland telah ditutup. Hanya dpt menaiki mines cruise (water taxi) ke Tasik Selatan sahaja dengan bayaran RM22, mahalll..baik naik cruise boat kat Melaka River. Nak buat camne layan Qwan.. kakak2 dia dah pernah dtg ke Mines pada 2007..masa tu lengkap 'mines wonderland'...menjelang larut malam menjelajah Downtown, makan..makan..makan Nasi Lemak Ayam Berempah Mok Nah..

 
Hari ke dua di sini jam 10 pagi berjalan ke Stesen Komuter Serdang untuk pengalaman baru menaiki komuter ke Mid Valley Megamall (percutian beli belah but tgk2 aje). Orang ramai sesak mungin atas kelewatan tren terdahulu, ntah bila le KTMB nak baiki sistem pengurusan nya, my wife dan anak2 perempuan tunggu di koc khas wanita manakala aku dan Qwan berdua...masa bersesak2 masuk komuter, terdengar jeritan salah seorang penumpang yang kehilangan telefon bimbit akibat kes 'seluk saku'..nak buat camne, komuter tetap terus bergerak..dlm masa yang sama seorang lagi mengeluh, turut kehilangan telefon bimbit..berlaku sekelip mata, alhamdulillah buat diriku.. tidak terfikir tentang kes2 sedemikian..apatah lagi beg duit,telefon dalam poket seluar..dgn memegang Qwan lagi pasti tak terasa jika dicuri..

2 perkara sbg 'moral story' pengalaman 20 minit ke Mid Valley: Pertama : berhati2 ketika bersesak2 menaiki Komuter kerana memang ada sindiket seluk saku bergerak secara berkumpulan dan mengambil kesempatan untuk mencuri...

Kedua : telah hilang nilai-nilai murni di kalangan belia, hanya memandang sahaja anak ku yang berusia 3 tahun tanpa ada niat untuk memberi tempat duduk, trauma Qwan jadinya...macam2 hal kota kosmopolitan..


Setelah 2 jam di Mid Valley, kembali ke Serdang dan menaiki water taxi di Jeti seberang stesen komuter tersebut ke Mines Resort..perkhidmatan ride n shop . Harga tiket sehala dewasa RM3 dan kanak-kanak RM1..sebelah petang berjaya menjejaki Bandar Nusaputra (bantuan GPS) untuk ke perumahan elit En.Mus..walaupun hanya sekitar 2 jam di rumahnya..better late than never !

 
27 November 2011


Perancangan hari ke tujuh : menjejaki Bandar Tentera Darat. Check in di Casa Rachado Beach Resort.

Check out Sun Inns jam 10 pagi meneruskan perjalanan ke Army City,mengimbau kenangan ketika berkhidmat di kawasan tersebut suatu masa dahulu. Lebuh raya penuh sesak dgn kenderaan, biasalah musim cuti persekolahan. Jalan menghala ke Teluk Kemang cukup sesak, terpaksalah berhati-hati dan akhirnya kami Check in Casa Rachado jam 3 petang..harga RM300 apartmen 2 bilik tak bole memasak ma tapi ada ( 4 x baucer breakfast)..di sini mengimbau nostalgia..percutian pantai, melihat tempat keje lama..anak-anak seronok bermandian di kolam mandi, bersama isteri menyusuri Pantai Cermin...'kenangan bersamamu kasihh..bagaikan mimpi didalam mimpii'...ermmm jiwang.

28 November 2011
Le Tour De Gerai di Melaka
Perancangan hari ke lapan (slot akhir) : menjejaki JB275, kapal selam dan makan di Sawit Corner.

Check out Casa Rachado jam 1130 pagi, bergerak ke JB275 'rumah ku syurga ku', dalam perjalanan sempat singgah di Hutan Paya Laut Kuala Linggi, Medan Ikan Bakar Terapung Kuala Linggi, Pelabuhan di Kuala Linggi dan Komplek Falak Al - Khawarizmi, Tanjung Bidara..masih banyak yang belum aku jelajahi tempat-tempat menarik di negeri kelahiran Melaka Bandaraya Bersejarah.

Akhirnya singgah di Sawit Corner (arah laluan Masjid Tanah-Sg.Udang), memang selalu lihat tapi tak pernah singgah. Penuh sesak dgn pengunjung pada hari tersebut, kereta berderetan. Menu tengahari tersebut Nasi Gulai Kawah Itik/Ayam, Nasi Arab Ayam, Cendol Pulut..alhamdulillah menyelerakan. Syukur ke hadrat Allah s.w.t....nikmat rezeki.

Komplek Falak Al-Khawarizmi
SMO  Ouessant Agosta 70 - bakal Muzium Kapal Selam di Melaka
Dalam perjalanan balik, sempat singgah melihat lebih dekat Kapal Selam Agosta 70 (kapal selam yang pernah jadi latihan krew kapal selam Malaysia dari tahun 2005 - 2009 di Perancis) di Dataran Pantai Kelebang. Bakal satu lagi muzium akan wujud di negeri Melaka. Agak-agaknya negeri paling banyak muzium di Malaysia atau di dunia (ermmm)?..

Selamat sampai ke destinasi dengan jumlah speedo meter 1100 km, alhamdulillah, berjaya melaksanakan hasrat bersama : Percutian Domestik - Cuti-cuti Malaysia. Semoga ianya akan dapat merapatkan dan menambahkan hubungan kasih sayang sesama ahli keluarga. Insyaallah..

Akhirkata : Selamat menempuh Bulan Disember/Muharam/Safar 1433H..semoga kita akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t.

No comments:

Post a Comment