10 December, 2011

10 Dis 2011 : Gerhana Bulan Penuh Jam 19.34 (24 Hours)


Gerhana Bulan Penuh Pada 16 Jun 2011
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t dikurniakan kesihatan yang sihat, bahagia di sisi keluarga tercinta. Telah menjangkau kita ke tanggal 10 Disember hari ini. Penuh pelbagai cerita. Di kawasan aku hari ni, dah bermula kempen penerangan/pengagihan/pendaftaran borang wang bantuan kerajaan RM500, biasalah bersikap proaktif ahli JKKK kawasan perumahan kat sini. Dan hari ini juga, mengikut risalah yang diedar semasa solat Jumaat yang lepas oleh pihak Jabatan Mufti Melaka dengan kerjasama Komplek Falak Al- Khawarizmi akan berlakunya Gerhana Bulan Penuh mulai jam 1934hrs dan fasa total Gerhana Bulan tersebut akan gelap sepenuhnya mulai jam 2206, mulai jam 2257 bulan mula meninggalkan umbra sedikit demi sedikit. Bulan akan meninggalkan bayang umbra sepenuhnya pada selepas tengah malam iaitu jam 0018 (11 Dis 2011). Terdapat dua bahagian bayang, di bahagian dalam dan luar bayang. Bayang bahagian dalam dinamakan umbra dan bahagian luar dinamakan penumbra. Fenomena ini juga merupakan diantara tanda-tanda kekuasaan/kebesaran Allah s.w.t

Sekadar ingin berkongsi maklumat bersama :

Perkara-perkara yang disunatkan ketika Gerhana :

* Solat
* Berzikir
* Bersedekah
* Berdoa
* Bertakbir

Solat Sunat Gerhana Bulan (Khusuf) : Hukumnya : Sunat Muakkad iaitu dituntut bagi setiap orang Islam melakukannya sama ada yang bermukim dan bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan, secara berjemaah atau bersendirian.

Waktunya : Bermula apabila nyata berlakunya gerhana. Berakhir apabila telah yakin hilang gerhananya (hilang gelap yang melindunginya)

* Sunat menyaringkan suara pada bacaan Fatihah dan surah ketika solat sunat gerhana bulan dan perlahan ketika sunat gerhana matahari.

* Disunatkan mandi untuk solat gerhana, seperti hendak solat Jumaat.

Rakaat Pertama :

1. Niat (Sahaja aku solat sunat Gerhana Bulan Dua Rakaat kerana Allah Taala)

2. Membaca doa iftitah

3. Membaca Surah Al Fatihah

4. Membaca Surah Al Baqarah atau sekadar yang termampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang

5. Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 100 ayat atau 100 kali tasbih atau sekadar yang termampu

6. Iktidal

7. Membaca Surah Al Fatihah

8. Membaca Surah Al-Imran atau sekadar yang mampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang.

9. Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat atau 80 kali tasbih atau sekadar termampu.

10. Iktidal

11. Sujud yang pertama - membaca tasbih sekadar masa 100 ayat atau 100 kali tasbih atau sekadar termampu

12. Duduk antara dua sujud

13. Sujud ke dua - membaca tasbih sekadar masa membaca 80 ayat atau 80 kali tasbih atau sekadar yang termampu

Rakaat Ke dua

1. Berdiri - membaca Surah Al Fatihah

2. Membaca Surah An - Nisa atau surah lain sekadar yang termampu atau mana-mana surah lain yang sederhana panjangnya

3. Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 70 ayat atau 70 kali tasbih atau sekadar termampu

4. Iktidal

5. Membaca Surah Al-Fatihah

6. Membaca Surah Al-Maidah atau sekadar yang mampu atau mana-mana surah yang sederhana panjang

7. Ruku' - membaca tasbih sekadar masa membaca 50 ayat atau 50 kali tasbih atau sekadar yang mampu

8. Iktidal

9. Sujud yang pertama - membaca tasbih sekadar masa 70 ayat atau 70 kali tasbih atau sekadar yang mampu

10. Duduk antara dua sujud

11. Sujud ke dua - membaca tasbih sekadar masa 50 ayat atau 50 kali tasbih atau sekadar yang mampu

12. Membaca Tahiyat akhir

13. Memberi Salam

* Tasbih yang dicadangkan : Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahuakbar wala haula wala quwwatailla billahi alliyul azim

* Sekiranya tidak mampu membaca surah-surah yang panjang adalah dicadangkan surah-surah yang berikut :

Rakaat Pertama : Surah A'la / Suratul Ghasiah

Rakaat Ke dua : Suratul Dhuha / Suratul Insyirah (Alam Nasyrah)

Akhir kata sekadar berkongsi maklumat yang diperolehi melalui risalah yang diedarkan oleh Jabatan Mufti Melaka dan Komplek Falak Al-Khawarizmi. Semoga kita sentiasa diberkati dan dirahmati Allah s.w.t..insyaallah.

No comments:

Post a Comment