Selamat Tahun Baru 2012 : Disember 2011 lepas penuh pelbagai cerita dalam diari kehidupan, menginjak umur, merai bersama keluarga di Muara Sg Duyung, merai majlis perkahwinan sepupu, merentas dua daerah berbeza Jasin vs Tongkang Pechah, melihat buat sekian kalinya Buah Mentega..hmm..pengakhiran tahun yang penuh suka duka..bersama anak-anak menikmati cuti persekolahan 2011.
Hari ini : bermula musim persekolahan. Semoga anak-anak akan dipermudahkan dalam menempuh alam pembelajaran. Aku seperti biasa menempuh dunia rutin baru seorang 'pesara'. Semoga dilapangkan rezeki, dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan,nikmat iman bagi menghadapi hari-hari mendatang agar menjadi insan seimbang dunia dan akhirat..bahagia disisi keluarga tercinta..insyaallah..
Berikut antara aktiviti menarik sepanjang Januari 2012 :
Ekspo Pengantin Kuala Lumpur : 6 Jan - 8 Jan 2012 : Tempat : Mid Valley Exhibition Centre, Kuala Lumpur. Bagi yang bakal berkahwin pada tahun 2012, pelbagai promosi dan pakej menarik disini. Terdapat banyak butik dan pertunjukan fesyen serta kecantikan diadakan dari pereka-pereka terkenal tanahair.
Malaysia International Jewellery Fair (MIFF) : 6 Jan - 9 Jan 2012 : Tempat : KLCC, Kuala Lumpur. Acara berprestij yang didedikasikan buat industri barang kemas. Pelbagai jenis dan barang kemas termahal turut dipamerkan.
Ekspo Pendidikan Kedah : 7 Jan - 9 Jan 2012 : Tempat : Village Mall, Sg. Petani, Kedah. Bagi pelajar yang tercari-cari dimana mahu menyambung pelajaran, anda boleh datang ke sini dan pelbagai kolej IPTA dan IPTS datang mempromosikan pelbagai kursus buat anda semua.
Spring Fair - Malaysia : 12 Jan - 15 Jan 2012 : Tempat : Straits Quay Convention Centre (SQCC) Pulau Pinang. Sempena menyambut Tahun Baru Cina yang bakal menjelma, pelbagai tawaran dengan harga murah dengan banyak aktiviti dijalankan disini.
De Pirates Treasure Hunt KL - Pangkor 2012 : 14 Jan - 15 Jan 2012 : Tempat : Lokasi Permainan . Flag Off : K.Lumpur : Last Point : Pulau Pangkor, Perak. Penganjuran pencarian harta karun - Treasure Hunt. Untuk semua penggiat rekreasi. Objektif penganjuran adalah mengeratkan silaturahim antara penggiat rekreasi dan juga mencungkil serta mencabar ketahanan mental anda semua. Boleh layari www.equipmanagement.worspress.com
Nuclear Power Asia : 31 Jan - 1 Feb 2012 : Tempat : Hotel Shangri-La Kuala Lumpur. Pembentangan tentang kuasa nuklear dari serata negara ASEAN ini akan diadakan selama 2 hari dan dihoskan oleh Vietnam Atomic.
Akhir kata, selamat menempuh Bulan Januari 2012/ Bulan Safar 1433H/ Bulan RabiulAwal 1433H. Semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment