November yang penuh pelbagai cerita..Semalam 10/11/2011 HUT perkahwinan ku yang ke 16,terasa pantas masa berlalu, gambar di atas nostalgia semasa majlis akad nikah tanggal 10 Nov 1995 bersamaan 10 JamadilAkhir 1416H..terima kasih En. Mus yang sudi jadi pengapit siang dan malam..ermm..dengan sekali lafaz berjaya memeterai suatu amanah untuk menempuh Dunia Perkahwinan, asam garam kehidupan..
Semalam juga bersama famili meraikan ulangtahun tersebut dengan mencuba sesuatu yang baru..merai bersama isteri, Riya, Nisa dan Qwan (Kak Long tiada kerana mengikut rombongan sekolah ke Tanjung Piai).Alhamdullilah perjalanan diberkati..selamat pergi dan balik..menikmati Domino Pizza di Pusat Perniagaan Senawang..pertama kali makan disana,memang berbeza dengan pesaing Pizza Hut..tiada govt caj, service caj jadi kene order dan ambil makanan yang dipesan dikaunter..minum dan makan seumpama makanan yang dipesan untuk dibawa pulang..tak pe la nak cuba yang baru..begitu rupanya 1st class pizza spt yang diuar-uarkan dlm sisipan iklan produk mereka dlm akhbar..kemudian bersantai meronda Giant..tempat lama untuk dikunjungi..pesat membangun Senawang berbeza sungguh tatkala menetap di Taman Tasik Jaya (1996 - 2001).
Dalam perjalanan pulang, singgah pula di Restoran Warisan di Perkampungan Budaya Terachi berhadapan jalan besar Seremban - K.Pilah. Pertama kali menjejaki kawasan tersebut, lengkap dengan Surau, persekitaran yang begitu nyaman, luas bersebelahan sawah padi, sempat menunai solat maghrib terasa nyaman tiupan lembut bayu..begitu eksklusif, tertera Restoran Warisan - menyedia makanan tradisional N.Sembilan dan masakan Thai. Malam semalam pekena Tomyam Poktek(teringat menu lama tika di Sg.Buloh),udang butter,kerabu suhun,kailan msk belacan..air janda pulang(ermm.. air kelapa dicampur gula enau)..nasi goreng daging merah..
Untuk menikmati makan di gazebo, caj RM10 dikenakan, pentas turut disediakan bagi persembahan kebudayaan - Bongai dan Cak Lempong tapi tak silap khusus utk hujung minggu sahaja..apapun kawasan yang luas, dekorasi yang cantik pasti menjanjikan kepuasan untuk pengunjung cuma harga sedikit mahal berbanding kedai makan di luar sana..biasalah mungkin 'keeklusifan'nya..untuk maklumat lanjut anda boleh melayari www.restoranwarisan.com
Hari ini 11/11/11 : Hari Kitar Semula yang turut diuar-uarkan dalam khutbah Jumaat tentang peranan masyarakat untuk bersama-sama berganding bahu menjaga kebersihan diri dan alam sekitar. Banyak juga cerita tentang 11/11/11..dengan tarikh yang menarik, pelbagai pasangan berebut-rebut untuk melangsungkan perkahwinan, begitu juga ada pasangan yang siap menempah untuk melahirkan anak melalui kaedah pembedahan semata-mata untuk melahirkan anak pada hari ini..macam-macam..
Apapun selamat menempuh Zulhijjah/Muharam/November..moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah..insyaallah.
Apapun selamat menempuh Zulhijjah/Muharam/November..moga kita semua mendapat kerahmatan dan keberkatan dari Allah..insyaallah.
Patutlah tambah mengembang sekarang...asyik melantak jer...hahaha
ReplyDelete