Tajuk di ms 2 Kosmo hari ini tentang Malaysia menduduki tempat pertama dalam kalangan negara Asia Tenggara yang paling ramai rakyatnya mengalami obesiti pasti menarik perhatian ramai. Bahkan penjelasan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin di Dewan Rakyat kadar pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia adalah terlalu tinggi iaitu purata 51 gram, melebihi saranan yang ditetapkan oleh WHO iaitu 50 gram..macam-macam, aku juga terasa tempiasnya..memang BMI dah hampir 29..ermm, dah lama betul tak bersenam..semangat..semangat dah tapi tak leh pi..jenama RX Lite dah cuba, sedap le pulak diet perasa koko tu..kena kuat kan azam lagi..perut makin kembang...hahaha..budaya makan malam...alasannnnn
Bahkan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut mendedahkan sebanyak 5 juta penduduk di negara ini yang berumur 18 tahun ke atas dilaporkan menghidap masalah hipertensi atau penyakit darah tinggi..kebanyakan mereka tidak mengamalkan gaya hidup dan pemakanan sihat ketika usia muda. Tekanan darah tinggi akan membebankan jantung lalu menyebabkan arteriosklerosis (pengerasan dinding arteri) dan ia akan meningkatkan risiko mendapat penyakit jantung dan strok. Hipertensi yang tidak dirawat boleh membawa kepada penyakit kronik seperti paru-paru berair, penyakit berkaitan jantung, buah pinggang dan otak yang boleh membawa maut....ermmm..azam lagi menjelang 2012 : membudayakan gaya hidup sihat !...Ezy Fir Sauna / I-Ride coming soon...adusss, petang ni dah kena mulakan 10,000 langkah....
Kosmo turut mendedahkan hasil kajian Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Wan Abdul Manan Wan Muda...kira-kira 60% daripada penduduk di negara ini tidak pernah bersenam dan ia merupakan antara punca ramai antara mereka mengalami obesiti.
Info Obesiti :
* Obesiti ialah berlebihan berat badan atau kegemukan. Ia berpunca daripada pengambilan kalori lebih daripada yang diperlukan badan.
* Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan makanan berminyak dan karbohidrat tinggi juga menyumbang kepada obesiti.
* Tidak melakukan aktiviti fizikal dan senaman secara berkala.
* Juga berpunca daripada faktor keturunan, genetik dan pengambilan ubat.
* Memiliki indek jisim badan (BMI) melebihi 30 bagi lelaki dan wanita berusia 18 tahun ke atas.
*** Obesiti dikaitkan dengan risiko penyakit kencing manis atau diabetes, penyakit jantung, darah tinggi, paras kolestrol tinggi, strok, masalah pernafasan, komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis, masalah sukar tidur, kemurungan dan boleh bertambah gemuk apabila umur meningkat.
Rawatan Obesiti
* Lebihkan buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin (serat tinggi) dalam menu diet setiap hari.
* Kurangkan makanan bergoreng dan makanan berkarbohidrat tinggi.
* Lakukan aktiviti fizikal mudah seperti menaiki tangga, berjalan kaki, berkebun dan sebagainya.
* Henti pengambilan minuman manis dan minuman bergas.
* Dapatkan nasihat pakar pemakanan dan doktor.
Dua minggu lepas dah dapat sedikit nasihat dari Saudara Amran tentang produk Herbalife..timbul pula masalah kos pembelian..ermm..apa pun yang penting aktiviti fizikal dan pemakanan produk tersebut...dah lama betul tak berjogging, sejak menjejak kaki ke dunia peralihan awam...moga hari ini akan menjadi pencetus semangat ke arah membudayakan gaya hidup sihat...aktif setiap hari, untuk nikmat kesihatan diri...musim hujan ler pulak...ALASANNN...hahaha..
Hari ini bersemangat mencuba teknik senaman kempiskan perut : Teknik Plank (untuk membentuk perut) seperti di dalam Majalah Rapi keluaran terbaru...cuba jangan tak cuba..
Selamat menempuh bulan November dan musim cuti persekolahan anak-anak...Cuti-cuti Malaysia untuk terapi minda...semoga kita semua akan mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah swt..insyaallah.
No comments:
Post a Comment