Alhamdulillah dah 7 Ramadan hari ini.. rindu pulak dengan mi rebus kat Pasar Malam Serkam semalam menyebabkan cuba cari menu tersebut namun bercuti pulak taukehnya, bergerak ke bazar di Teluk Emas, cukup sesak laluan ke sana, nak parkir pun susah.. tak berjumpa le pulak mi rebus, mungkin hari ni kene ke bazar Ramadan di Merlimau..sempat juga jalan-jalan ke Crsytal Bay Alai, dah banyak kesan hakisan kat sana tapi cukup sesuai untuk melaksanakan program 10,000 langkah sehari kat area tersebut..
Bercerita tentang juadah berbuka puasa dengan pelbagai menu yang dijual, teringat pada 28 Syaaban bersamaan 30 Julai lepas sempat bersama famili mencuba Mee Bandung Muar setelah terbaca dalam Majalah Libur bulan ini dan dalam blog2..
Restoran Abu Bakar Hanipah di Jalan Abdullah, Muar..susah juga nak cari parkir, terpaksa letak lebih kurang 50 meter dari restoran tersebut. Kami sampai lebih kurang jam 4.45 petang, penuh dengan pengunjung, masa nak order cuma tinggal kueteow bandung dan sate sahaja, untuk menu lain seperti soto, masakan bergoreng dah habis..ermm memang popular le tempat tu, cepat habis nampaknya namun dapat juga order 2 pinggan mee bandung, kueteow bandung dan sate. Bahkan empunya restoran turut mengsyorkan ke gerai anaknya di Perhentian Bas/ Teksi Muar jika ingin menu lain tapi alang-alang dah sampai, makan ler saja di situ. Konsep kedai makan ala 1 Malaysia, taukeh air berbangsa Cina, taukeh sate lain, tauke mee lain jadi masa bayar pun kene berurusan dengan 3 taukeh berbeza..macam kedai makan kat depan Penjara Bandar Hilir Melaka pulak gayanya..rindu pulak nak ke sana...kuah pekat harga RM4 sepinggan dan sate yang menyelerakan buat anak-anak menyebabkan kami berhasrat berkunjung lagi ke sana lain kali..tanpa sedar rupa-rupanya bila nak ke tempat parkir, kereta dah ditutupi dengan khemah, rupa-rupanya ada pasar malam setiap hari Sabtu dan Ahad bermula jam 5.30 petang di kawasan tersebut..
Petang hari tu dihabiskan dengan berkunjung ke kawasan Komplek Marina Tanjung Emas, memang sesuai sangat kawasan tersebut untuk dijadikan lokasi riadah, lengkap dengan taman permainan kanak-kanak, kawasan jogging dan ada penjual-penjual di kawasan tersebut dengan jualan makanan seperti rojak petis, rojak buah, air minuman dan pelbagai menu lain. Memang sesuai untuk bersantai bersama famili..sempat juga berjemaah Solat Maghrib di Masjid Sultan Ibrahim..alhamdulillah..
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amalan kita semua akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..insyaallah
Akhir kata, selamat menunaikan ibadah puasa, semoga amalan kita semua akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t..insyaallah
No comments:
Post a Comment