Alhamdullilah..Ramadan Al Mubarak kembali lagi. Ramadan bulan rahmat dan bulan berkat. Bulan Ramadan, kehadirannya dinanti pemergiannya ditangisi. Pagi ini hujan rahmat turun mencurah di tanah yang indah ini..Merlimau...Surau yang lama ditinggalkan kembali aku kunjungi, menggamit nostalgia semasa remaja...setahun berlalu, solat terawih kembali dapat dinikmati bersama sahabat-sahabat..masyarakat setempat...
Semalam juga beberapa SMS ucapan sempena kehadiran Ramadan 1432H..terasa masih baru membaca SMS ucapan Syawal 1431H..masa begitu pantas berlalu..apakah kan bisa ketemu Ramadan akan datang..?
1. Kian jauh tirai Syaaban , kian dekat lambaian Ramadan, Luhur Iman ikhlas amalan, Luhur Ibadat diberkati Tuhan..selamat menyambut Ramadan Al Mubarak..
2. Bulan yang indah kerana cahaya, indah lagi jiwa yang suci, sucikan diri dgn pahala..Al Mubarak menjelang lagi ..sama-samalah kita imarahkan diri..selamat bersahur dan selamat berpuasa..
3. Slmt menyambut bulan Ramadan semoga puasa tahun ini mendapat kerahmatan, keampunan dan bebas diri azab api neraka Allah s.w.t ..insyaallah
4. Jika harta adalah racun, zakat lah penawarnya. Jika umur adalah dosa, maka takwa dan taubat ubatnya. Jika seluruh bulan adalah noda maka Ramadan pemutihnya. Sesiapa yang mendirikan Ramadan dengan keimanan dan mengharapkan pahala maka diampunkan baginya dosa yang lalu...
5. Pesanan Jibril a.s kepada Nabi S.A.W tika hadir Ramadan ..'Jangan lupa bermohon maaf dgn 3 golongan ketika hadir Ramadan..1. maaf thdp kedua ibubapa 2. maaf sama suami isteri 3. maaf thdp klrga, sahabat dan mrk disekeliling kita..selamat myambut Ramadan Al Mubarak..semoga dimurahkan rezeki, dikuatkan iman dan diberkati Allah..Amin
6. Assalamualaikum, my name is Syaaban. I would like to remind you that my neighbour Ramadan is visiting you soon with his wife Rezeki and two children Sahur and Iftaar. They will be accompanied by three grand children Rahmat, Barakat and Taubat and will leave after 29 or 30 days by Eid Airlines. May you and your family have a blessed journey this Ramadan. Ramadan Kareem..wassalam..
Begitulah beberapa SMS yang diterima, tetap berlegar isi yang sama tentang Ramadan Al Mubarak Bulan Penyucian Jiwa..sempena bulan Ramadan ini sama-samalah kita memohon doa agar Allah lanjutkan usia serta diberikan kesihatan yang baik..mudah-mudahan dapat bertemu Ramadan akan datang..Segala puji kepada Allah s.w.t mudah-mudahan Ramadan kali ini dapat memberi impak positif untuk diri, keluarga serta masyarakat..insyaallah
No comments:
Post a Comment