06 May, 2011

Mei/Maia 2011

BULAN MEI 2011

Sedar tak sedar dah masuk 6hb Mei..begitu pantas masa berlalu, masih teringat peristiwa 1 Mei baru-baru ni bersama famili ke Port Dickson..punyalah sesak jalan antara Batu 4 ke arah Teluk Kemang dan my NCB pun turut di'sondol' belakang..ermm..sikit punya berhati2..kita berhenti ke tepi..yang menyondol pulak terus lari, hai macam2 hal..memang tersurat nak berjumpa kembali gaknye, aku ingat dah lesap but aku follow pelan2..dalam hati berharap gak dapat jumpa..alhamdulilah depan Maybank PD terserempak..dia parking aku pun turun sergah...deiii kenapa lari tadii..bangggg saya panikk laa bannnggg...dengan P yg terpampang kat cermin kete dia dan dengan skrip mau bawak mak ke klinik di Lukut..sabo je la tapi kene ambik juga duit penebus maruah... kalau aku tak terserempak tentu suka hati gamaknya...
Dahlah satu hal, susah juga bila jadi cam ni, balik rumah terpaksa lak cari kedai mengetuk dan mengecat tapi kat kedai usahawan bumiputra..penuhler pulak, mungkin minggu ke 3 bulan Mei..my NCB baru bole masuk untuk make-up semula..ermm...kurang2 tiga hari gak masuk bengkel..hai..sabarrr je la..La Tahzan

Apapun berikut informasi acara pilihan bulan Mei 2011:

Festival Jazz Miri 2011
1 - 31 Mei
Acara tahunan persembahan pelbagai rentak jazz di Miri Resort City, Sarawak.

Ekspedisi Antarabangsa Berakit Sungai Pahang
8 - 14 Mei
Acara berakit tahunan penuh mencabar sambil menikmati keindahan Sungai Pahang.

Kasihnya Ibu - Pameran Seni
18 April - 29 Mei

Pameran seni realistik figuratif yang bertema 'Kasihnya Ibu' di Balai Seni Lukis Negara
No 2 Jln Temerloh Off Jln Tun Razak, KL

Perlawanan Akhir Piala Europa
18 Mei

FC Porto vs Braga di Dublin Arena, Ireland

Citrawarna 1Malaysia
21 Mei

Persembahan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tarian tradisional, perarakan penuh warna-warni.Kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Malam Komedi
21 Mei

Acara di Dataran Sungai Melaka sempena Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Promosi Kraf Perkahwinan
26 Mei - 6 Jun

Pelbagai koleksi perkahwinan, dekorasi dan perkhidmatan pengantin. Tempat : Komplek Kraftangan Kuala Lumpur.

Himpunan SEJUTA BELIA Putrajaya 2011
26 - 29 Mei

Anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia.

Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah
28 Mei

Manchester United vs Barcelona di Stadium Wembley, London.

Apapun selamat menempuh bulan Mei/Jamadil Akhir..moga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t..insyaallah..




No comments:

Post a Comment