17 May, 2011

18 Mei : Hari Muzium Antarabangsa 2011- "Muzium dan Kenangan"

18 Mei 2011- Hari Muzium Antarabangsa (Negeri Sembilan tuan rumah 2011)

Muzium Negeri Sembilan


Bulan Mei pasti meninggalkan 1000 kenangan, bulan yang penuh dengan hari pengikhtirafan..bermula dengan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Belia, Hari Guru, Hari Wesak..esok muncul pula Hari Muzium Antarabangsa  dan pada tahun ini Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan  yang akan diadakan bermula 18 hingga 24 Mei ini. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang seminggu sambutan berkenaan seperti pameran, larian muzium, seminar muzium antarabangsa, kembara, program bersama saudara baru, bengkel dan juga acara sukan antara muzium seluruh negara. Sambutan tahunan yang dijalankan sejak 1992 bertujuan mempromosikan peranan dan fungsi muzium selain mendekatkan masyarakat dengan badan yang bertanggungjawab memelihara khazanah warisan negara. Sebanyak 21 muzium dari seluruh negara akan bergabung tenaga bagi menjayakan sambutan hari berkenaan.

Bagi Negeri Melaka pula kesemua 23 muzium dan 8 galeri dibawah Perbadanan Muzium Melaka(PERZIM) boleh dimasuki secara percuma bermula 9 pagi hingga 5 petang...18 Mei 2011 sahaja percuma...sikit punya banyak muzium kat Melaka, aku pun sebagai anak Melaka masih belum berkesempatan mengunjungi kesemuanya..tungguler hujung tahun nanti..hahaha..seingat aku antara Muzium di Melaka ialah Muzium Samudera, Muzium Setem, Muzium Pengangkutan, Muzium Kemerdekaan....banyak lagi nak dijelajah dan diteroka...

Apapun selamat menyambut Hari Muzium bertemakan "Muzium dan Kenangan"..memang nostalgia tengok gambar masa kecik2 di tangga Muzium Negara..asyik lintas je, ntah bila nak singgah mengimbau kembali nostalgia 70an...





3 comments:

  1. Bestnya kalau dapat join xtvt kembara..huuhhuhu

    ReplyDelete
  2. Tentu pnh ikut xtvt kembara kann..apapun nxt yr ada lg but tak tahu negeri pganjur..jengah kat muzium n9 lihat xtvt pun dah ok sis...

    ReplyDelete
  3. pernah.. tapi kat tempat kerja ja ... n now jadik penasihat untuk kelab kembara tuk pelajar ..huuhuh

    ReplyDelete