Selamat Hari Lahir buat Kak Ngah...insyaallah minggu hadapan akan bersama abah untuk proses mendapatkan Kad Pengenalan di JPN Gemas/Jasin..ermmm..lebih 30 hari dari tarikh lahir kena kompaun pulak...
Moga tahun ini Nur Khairiah akan berjaya menghadapi Peperiksaan UPSR dengan jayanya.. doa ayah bonda sentiasa bersama, mengharap 'terbaik' untuk anakanda menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..insyallah..selamat melaksanakan tugas sebagai Ketua Kelas, selamat berkhemah dlm perkhemahan bdn beruniform esok hingga tulat..selamat menghadiri kelas tuisyen di sekolah sepanjang minggu pertama cuti....anggap semua sebagai cabaran dan mematangkan diri dalam menghadapi dunia penuh pancaroba di masa mendatang..insyaallah..
Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 Tahun
SYARAT PERMOHONAN
· - Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
· -Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
· -Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
· Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
· -Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
· -Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
· -Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
· -Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).
No comments:
Post a Comment