26 May, 2011

990526-xx-xxxx



Selamat Hari Lahir buat Kak Ngah...insyaallah minggu hadapan akan bersama abah untuk proses mendapatkan Kad Pengenalan di JPN Gemas/Jasin..ermmm..lebih 30 hari dari tarikh lahir kena kompaun pulak...

Moga tahun ini Nur Khairiah akan berjaya menghadapi Peperiksaan UPSR dengan jayanya.. doa ayah bonda sentiasa bersama, mengharap 'terbaik' untuk anakanda menjadi insan berjaya dunia dan akhirat..insyallah..selamat melaksanakan tugas sebagai Ketua Kelas, selamat berkhemah dlm perkhemahan bdn beruniform esok hingga tulat..selamat menghadiri kelas tuisyen di sekolah sepanjang minggu pertama cuti....anggap semua sebagai cabaran dan mematangkan diri dalam menghadapi dunia penuh pancaroba di masa mendatang..insyaallah..
Kad Pengenalan Kanak-kanak 12 Tahun
·         Kad Pengenalan
SYARAT PERMOHONAN
·        - Pemohon mestilah telah berumur genap 12 tahun tetapi belum mencapai umur 16 tahun.
·         -Pemohon hadir bersama Penganjur (Ibu atau Bapa atau Penjaga).
·         -Borang Permohonan JPN.KP01 (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.
·         Pemohon mestilah membuat permohonan dalam tempoh 30 hari dari tarikh genap berumur 12 tahun. Jika tidak, bayaran kompaun dan proses akan dikenakan.
PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN bersama Penganjur dan membawa dokumen sokongan berikut (asal) :
·         -Sijil Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Sijil Warganegara / Pengesahan Taraf Warganegara / Borang Warganegara / Lampiran A (JHEOA) / Permit Masuk.
·         -Kad Pengenalan Penganjur iaitu Ibu atau Bapa atau Penjaga.
·         -Surat Akuan Sumpah (bagi Penjaga yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan iaitu selain dari ibu/bapa/datuk/nenek/ibu atau bapa saudara/kakak atau abang yang berusia melebihi 21 tahun).
·         -Passport (bagi Warganegara yang baru tiba dari Luar Negara / pemegang Permit Masuk).

19 May, 2011

"Pakej Lawatan Berhantu"

                                                         Sekadar hiasan

"Pakej Lawatan Berhantu" - tertarik aku dengan idea Pengarah Tourism Malaysia Pahang, Amran Abdul Rahman. Merujuk Harian Metro hari ini, cadangan pihak Tourism Pahang untuk mengenengahkan satu lagi produk pelancongan di Pahang iaitu "Pakej Lawatan Berhantu" ke lokap arwah Mona Fandey serta tempat kejadian pembunuhan ngeri tersebut di Kampung Peruas, Hulu Dong, Raub, Pahang. Dijangka ia mampu menarik kunjungan peminat kisah seram. Menurut beliau lagi, usaha berkenaan disokong oleh ADUN Dong, Datuk Shahiruddin Ab Moin apabila beliau sendiri menyatakan persetujuan jika premis dan tempat kejadian berkaitan Mona Fandey dijadikan sebahagian produk pelancongan....secara tidak langsung ia dapat menggalakkan kedatangan pelancong ke Raub selaras dengan usaha mempromosikan kawasan Pahang Barat sebagai destinasi baru pelancongan.
Pasti ada pro dan kontra... kekadang mungkin juga ia akan mengguris perasaan waris2 mangsa atau mungkin lain pulak jadiknye, kawasan tersebut jadi tumpuan pula pada penggemar 'skim cepat kaya'..ermm..macam2 kes tarik duit ler, minta nombor ler...macam2 ma...pandangan dari pelbagai pihak amat perlu sebelum dilaksana..dari sudut pro pastinya Pahang ada satu lagi produk pelancongan baru selain produk pelancongan tanah tinggi...

Apapun jika terlaksana pastilah 'tourist2 guide' terpaksa memerah idea, mencari input, fakta tentang kronologi kejadian..silap2 biografi Mona Fandey pun terpaksa hafal..abis nak citer pada pelancong2..ceciter..ceciter..hahaha...

Sebut pasal kunjungan ke tempat2 sebegini, usaha pihak lain pernah juga dilaksanakan..contoh Pihak PERZIM dengan 'Pakej bermalam di Muzium Samudera Melaka' tak ke naya, bermalam dengan replika2 patung di kapal tersebut, bahkan kunjungan ke Penjara Pudu, tak silap aku pernah juga dipopularkan tapi mungkin sekarang tinggal kenangan..

Jika berjaya di Pahang, pakej bermalam di Muzium Tentera Darat Port Dickson pun turut boleh diperkenalkan..teringat nostalgia 89..muzium TD sebenarnya adalah tempat penginapan perajurit2 muda atau lebih tepat Kompeni Alpha (Platun 1-6)..masih terngiang derapan tapak kasut kawad waktu sekitar 3 pagi, berterbangan bekas2 makanan, rakan2 pernah disorok (last2 jumpa dlm tandas)..ingat lagi pernah beramai2 membaca surah yasin, buat kawalan malam, melihat  teman di bilik sebelah ditarik beramai2 kerana hendak melompat, nampak perempuan di seberang jalan katanya...hai macam2 kes but ada juga kes terpecah rahsia setelah 20 tahun berlaku..ntahler pengakuan insan bernama Sulong..skot jugak ..kes kain putih terbang, almari jatuh...dia dan 2 rakan lain yang buat...hahaha macam2 orang pun ada..binawe betoi skot...Selamat Berkunjung Ke Muzium Tentera Darat, Port Dickson...macam2 ada ma...

Apapun untuk kunjungan akan datang, aku amat berhasrat nak ke Pulau Besar, Melaka..salah satu isi kandungan dalam Majalah Libur keluaran Mei 2011..Pulau Keramat : Santai + Mistik ...

17 May, 2011

18 Mei : Hari Muzium Antarabangsa 2011- "Muzium dan Kenangan"

18 Mei 2011- Hari Muzium Antarabangsa (Negeri Sembilan tuan rumah 2011)

Muzium Negeri Sembilan


Bulan Mei pasti meninggalkan 1000 kenangan, bulan yang penuh dengan hari pengikhtirafan..bermula dengan Hari Pekerja, Hari Ibu, Hari Belia, Hari Guru, Hari Wesak..esok muncul pula Hari Muzium Antarabangsa  dan pada tahun ini Negeri Sembilan akan menjadi tuan rumah sambutan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Kebangsaan  yang akan diadakan bermula 18 hingga 24 Mei ini. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang seminggu sambutan berkenaan seperti pameran, larian muzium, seminar muzium antarabangsa, kembara, program bersama saudara baru, bengkel dan juga acara sukan antara muzium seluruh negara. Sambutan tahunan yang dijalankan sejak 1992 bertujuan mempromosikan peranan dan fungsi muzium selain mendekatkan masyarakat dengan badan yang bertanggungjawab memelihara khazanah warisan negara. Sebanyak 21 muzium dari seluruh negara akan bergabung tenaga bagi menjayakan sambutan hari berkenaan.

Bagi Negeri Melaka pula kesemua 23 muzium dan 8 galeri dibawah Perbadanan Muzium Melaka(PERZIM) boleh dimasuki secara percuma bermula 9 pagi hingga 5 petang...18 Mei 2011 sahaja percuma...sikit punya banyak muzium kat Melaka, aku pun sebagai anak Melaka masih belum berkesempatan mengunjungi kesemuanya..tungguler hujung tahun nanti..hahaha..seingat aku antara Muzium di Melaka ialah Muzium Samudera, Muzium Setem, Muzium Pengangkutan, Muzium Kemerdekaan....banyak lagi nak dijelajah dan diteroka...

Apapun selamat menyambut Hari Muzium bertemakan "Muzium dan Kenangan"..memang nostalgia tengok gambar masa kecik2 di tangga Muzium Negara..asyik lintas je, ntah bila nak singgah mengimbau kembali nostalgia 70an...





06 May, 2011

Mei/Maia 2011

BULAN MEI 2011

Sedar tak sedar dah masuk 6hb Mei..begitu pantas masa berlalu, masih teringat peristiwa 1 Mei baru-baru ni bersama famili ke Port Dickson..punyalah sesak jalan antara Batu 4 ke arah Teluk Kemang dan my NCB pun turut di'sondol' belakang..ermm..sikit punya berhati2..kita berhenti ke tepi..yang menyondol pulak terus lari, hai macam2 hal..memang tersurat nak berjumpa kembali gaknye, aku ingat dah lesap but aku follow pelan2..dalam hati berharap gak dapat jumpa..alhamdulilah depan Maybank PD terserempak..dia parking aku pun turun sergah...deiii kenapa lari tadii..bangggg saya panikk laa bannnggg...dengan P yg terpampang kat cermin kete dia dan dengan skrip mau bawak mak ke klinik di Lukut..sabo je la tapi kene ambik juga duit penebus maruah... kalau aku tak terserempak tentu suka hati gamaknya...
Dahlah satu hal, susah juga bila jadi cam ni, balik rumah terpaksa lak cari kedai mengetuk dan mengecat tapi kat kedai usahawan bumiputra..penuhler pulak, mungkin minggu ke 3 bulan Mei..my NCB baru bole masuk untuk make-up semula..ermm...kurang2 tiga hari gak masuk bengkel..hai..sabarrr je la..La Tahzan

Apapun berikut informasi acara pilihan bulan Mei 2011:

Festival Jazz Miri 2011
1 - 31 Mei
Acara tahunan persembahan pelbagai rentak jazz di Miri Resort City, Sarawak.

Ekspedisi Antarabangsa Berakit Sungai Pahang
8 - 14 Mei
Acara berakit tahunan penuh mencabar sambil menikmati keindahan Sungai Pahang.

Kasihnya Ibu - Pameran Seni
18 April - 29 Mei

Pameran seni realistik figuratif yang bertema 'Kasihnya Ibu' di Balai Seni Lukis Negara
No 2 Jln Temerloh Off Jln Tun Razak, KL

Perlawanan Akhir Piala Europa
18 Mei

FC Porto vs Braga di Dublin Arena, Ireland

Citrawarna 1Malaysia
21 Mei

Persembahan kebudayaan masyarakat pelbagai kaum di negara ini. Tarian tradisional, perarakan penuh warna-warni.Kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Malam Komedi
21 Mei

Acara di Dataran Sungai Melaka sempena Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah.

Promosi Kraf Perkahwinan
26 Mei - 6 Jun

Pelbagai koleksi perkahwinan, dekorasi dan perkhidmatan pengantin. Tempat : Komplek Kraftangan Kuala Lumpur.

Himpunan SEJUTA BELIA Putrajaya 2011
26 - 29 Mei

Anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis Belia Malaysia.

Perlawanan Akhir Liga Juara-Juara Eropah
28 Mei

Manchester United vs Barcelona di Stadium Wembley, London.

Apapun selamat menempuh bulan Mei/Jamadil Akhir..moga hidup kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t..insyaallah..