19 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 19/3/20


19hb Mac 2020 : Jom duduk rumah. Aktiviti pagi : Sarapan pagi mihun goreng, Milo Suam, menonton Filem Korea tajuk Parasite, dah Astro bagi saluran percuma, layan sampai habis, menarik juga jalan cerita. 

Menu tengahari asam pedas ikan  sembilang, telur dadar bawang lebih tambah pula telur ikan sembilang..menyelerakan.. alhamdulillah tunggu 31hb mahu naik berat badan, nak mendaki Bukit Beruang dalam minggu ini pun terbatal, ngayuh basikal dalam rumah je nampaknya.

Menu minum petang..menu tersedia popiah goreng berinti sengkuang,timun, lobak merah ...vegeterian gitu, layankan dengan kopi mahkota dewa.. syukur alhamdulillah. 



kredit: beritaharian online

Selamat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia
semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin.

No comments:

Post a Comment