08 March, 2020

7/3/20 : HBD Khairul Ikhwan


Semalam 7 Mac 2020 : Hari Ulang Tahun Kelahiran Anakanda Khairul Ikhwan yang ke 12. Didoakan semoga menjadi anak yang soleh, taat perintah agama, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat serta sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Seminggu sebelum hari lahir, Qwan hampir seminggu tidak bersekolah kerana dijangkiti demam campak.. bertabahlah, alhamdulillah hampir sembuh dan esok boleh menghadiri sesi persekolahan seperti biasa.

Doa juga semoga Khairul Ikhwan berjaya meraih keputusan cemerlang dalam UPSR 2020 setelah berjaya dalam UPKK 2019 dengan keputusan 8A.. alhamdulillah..

Malam semalam meraikan hari lahir  Qwan di Kafe YTBC Merlimau, bertambah maju dan menarik suasana kafe tersebut. Mantap...








Selamat Hari Lahir Khairul Ikhwan

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.



No comments:

Post a Comment