Akhirnya lengkap sudah koleksi wang kertas tandatangan Gabenor BNM setelah berjaya membeli wang kertas RM2 tandatangan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan yang seolah-olah tandatangan pemilik bernama Aishah...
Saja-saja kumpul wang kertas koleksi tanda tangan Gabenor Bank Negara Malaysia. Layan untuk koleksi persendirian, macam-macam koleksi...layan sebagai terapi minda.
Tun Ismail bin Hj Mohamed Ali Gabenor BNM Ke 2 Julai 1962 - Julai 1980 |
Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Taha Gabenor BNM Ke 3 Julai 1980 - Jun 1985 |
Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein Gabenor BNM Ke 4 Jun 1985 - Mei 1994 |
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don Gabenor BNM Ke 5 Mei 1994 - Ogos 1998 |
Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman Gabenor BNM Ke 6 September 1998 - April 2000 |
YM Tan Sri Dato' Seri Dr Ungku Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz Gabenor BNM Ke 7 Mei 2000 - Mei 2016 |
Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim Gabenor BNM Ke 8 Mei 2016 - Kini |
Koleksi RM50 sempena 50 Tahun (1957 - 2007) |
RM 50 Siri No: AA 6060678 (50 tahun) |
Info : Gabenor BNM pertama Tan Sri William Howard Wilcock memegang jawatan selama 3 tahun dari Januari 1959 sehingga Julai 1962 tidak pernah menanda tangani mana-mana wang kertas keluaran BNM.
Semoga kehidupan kita semua dikurnia kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin...
No comments:
Post a Comment