Syukur Alhamdulillah kerana dapat meraikan bersama isteri : Puan Halimah : Hari Ulang tahun perkahwinan ke 22 di Hatten Place Melaka. Kebetulan Hatten Place sedang mengadakan promosi penginapan dengan harga bermula dari RM100. Peluang yang ada direbut bersama, terjah jangan tak terjah. Merasai pengalaman menginap di premis baru, meninjau pemandangan Selat Melaka.
Hotel yang dilengkapi pengalaman membelibelah, menonton wayang di Elemen Mall. Satu lagi tarikan pelancongan di Melaka.
10 Nov 2017 : Meraikan bersama HUT perkahwinan Cikgu Chom (11/11/17) dan anak buah Nur Shahirah Abd Rahim (13/11/17). Booking terus enam bilik atas inisiatif Pn Rohani (adik ipar). Terimakasih semua ..momen indah di pinggiran Selat Melaka.
Kronologi bergambar@Hatten Place :
Hatten Place/Double Tree Hilton |
Indah pemandangan Melaka dari tingkat 27 |
Tq Mamanieza perancang dekorasi..bilik 2724 |
Pantas masa berlalu semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
No comments:
Post a Comment