26 Disember 2015
Grup Whatsapp The Kepohchi Hussin dicipta pada tanggal 12 Julai 2013 oleh Cikgu Ard khusus buat anak menantu cucu cicit Tok Husin Mamot. Meskipun belum sepenuhnya keahlian tersebut namun ahli-ahli yang sedia ada telah bersepakat untuk berkumpul bersama beriadah dalam mempertautkan lagi tali silaturahim.
Lokasi pilihan 2015 adalah Kolam Air Panas Jasin dan tarikh perjumpaan 26 Disember 2015(Sabtu)
Alhamdulillah : anak menantu cucu cicit Tok Husin mana yang berkesempatan telah meluang masa datang dari JB, KL, Malim, Merlimau, Serkam bahkan dari Tasik Puteri turut muncul.
Persetujuan bersama membawa potluck maka terhidanglah pelbagai juadah pembuka selera : Nasi Impit Rendang Masalodeh TSM, Buq Sayuq JB, Nasi Lemak Udang Merlimau, MeeHoon Muhibah, Karipap Putaq, Sosej Nugget Puteri, Kandang's Sandwich, Mee Tebong, Kek Oren Malim serta penampilan istimewa minuman MiriHerbs, Oren Joesan..pemanis mulut oren jua tembikai..layannnn
Kronologi Bergambar : Lokasi memang penuh sesak...panas membara..yang penting Hepii..
TQ Sekretariat |
Lokasi pilihan 2015 |
Antara Anak Menantu Cucu Cicit Tok Husin |
Memori @ Jasin Hot Springs |
Pelbagai juadah tersedia : panas sejuk pun ada |
Semoga perjumpaan ini akan berterusan di masa akan datang dalam mempereratkan lagi ukhwah Generasi Tok Husin Mamot. Didoakan Tok Husin akan terus dikurniai kesihatan, sihat bahagia di samping anak menantu cucu cicit piut tersayang.
Doa juga semoga kehidupan kita semua diberkati, dirahmati dan dipayungi rahmat Allah SWT.
Aamiin........
No comments:
Post a Comment