Kali terakhir melihat Kapal Selam yang bakal dijadikan Muzium adalah pada percutian domestik 2011, ketika itu masih baru Kapal Selam tersebut diletakkan di tapak sekarang. Sejak dirasmikan sebagai Muzium, kami belum lagi menjengah ke Dataran Kelebang. Cuma kesempatan pada awal Oktober 2015, digunakan untuk menjengah apa yang ada dalam isi perut Kapal Selam tersebut.
Bertambah satu lagi koleksi Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM).
Kronologi bergambar :
Tiket Dewasa RM 3 Kanak-kanak percuma |
Kapal di laut Selam di darat |
Keratan akhbar tentang Muzium Kapal Selam Melaka |
Antara Muzium Kapal Selam di dunia |
Antara kemudahan di Muzium Kapal Selam Dataran Kelebang Melaka : Tandas Awam, van bergerak jualan air minuman, makanan ringan, koleksi barangan cenderahati. Kawasan lapang yang ditambak pantainya pasti menghangatkan anda. Jom menyelam bersama di darat. Kapal selam latihan yang digunakan oleh pihak TLDM kini jadi bahan sejarah.
Antara yang perlu dilakukan pihak PERZIM adalah :
- mengecat kembali badan Kapal Selam tersebut supaya cat kapal selam tersebut tidak terus luntur dimamah hangatnya sinaran mentari. Pastinya Muzium akan lebih gah dilihat dan dikunjungi.
- memastikan tiada takungan air di bawah kapal selam tersebut kerana pastinya akan mengundang aedes dikawasan tersebut. Simen hendaklah di turap rata atau pun pemasangan jubin agar lebih menarik.
- pihak PERZIM perlu menjual koleksi barangan cenderahati seperti rantai kunci replika kapal selam, poskad atau apa sahaja yang berkaitan dengan Muzium Kapal Selam.
Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
Kita boleh dapatkan senarai homestay Melaka yang murah di Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang sila lawati;
ReplyDeletehttp://www.homestaymelaka.com.my atau http://homestaymelaka.worldheritage.com.my
Bagi penginapan apartment dan hostel murah untuk rombongan ke Melaka berhampiran lokasi pelancongan di Bandar Hilir dan Klebang boleh lawati http://www.indahkembara.com